
Kalau nak tahu cara simpan air kelapa supaya kekal segar, sebenarnya mudah saja. Dengan teknik yang betul, rasa manis dan khasiatnya boleh bertahan lebih lama.
Air kelapa cepat berubah rasa kalau tersalah cara simpan. Sebab itu elok kita tahu kaedah yang betul supaya ia sentiasa segar dan sedap diminum.
Baca juga: 10 Sayur-Sayuran Yang Tak Boleh Digoreng, No.5 Paling Ramai Suka Makan!
CARA SIMPAN AIR KELAPA SUPAYA KEKAL SEGAR & TAK CEPAT MASAM
Berikut merupakan cara menyimpan air kelapa di chiller dan freezer supaya tahan lebih lama, kekal segar dan masih sedap diminum.
Cara simpan di chiller:
- Tapis air kelapa untuk asingkan serat dan sisa kelapa yang mungkin membuatkan ia cepat basi.
- Masukkan ke dalam bekas bertutup rapat.
- Simpan di bahagian chiller peti sejuk pada suhu 0-4°C.
- Air kelapa boleh tahan 1 hingga 2 hari di chiller.
- Pastikan tutup rapat untuk elakkan bau dari makanan lain masuk.
Cara simpan di freezer:
- Tapis air kelapa seperti langkah di atas.
- Masukkan ke dalam bekas atau botol plastik (jangan penuh, tinggalkan ruang untuk pengembangan bila beku).
- Simpan di peti sejuk beju (freezer).
- Air kelapa beku boleh tahan hingga 2 hingga 3 bulan.
- Bila nak minum, cairkan (defrost) di chiller beberapa jam sebelum diminum.
Tips tambahan:
- Elakkan simpan air kelapa pada suhu bilik terlalu lama kerana proses penapaian akan berlaku dengan cepat.
- Jika mahu rasa segar lebih lama, boleh masukkan beberapa ketul ais batu ke dalam air kelapa sebelum disimpan di chiller.
- Gunakan bekas kaca atau plastik bebas BPA untuk pastikan rasa kekal asli.
Sumber: Liputan6
Baca juga: Cara Pilih Petai Yang Tak Busuk & Segar, Guna Tip Ini Semasa Membeli!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














