Categories: Tips & Petua

5 Tip Supaya Telur Rebus Tak Retak Dan Mudah Dikupas, Teknik No. 3 Paling Menjadi!

Rebus telur nampak mudah, tapi ramai yang menghadapi masalah kulit retak. Dengan menggunakan petua rebus telur cantik ini, hasilnya pasti memuaskan hati.

Jika telur retak semasa direbus, putih telur mudah melekat pada kulit, menjadikannya sukar dikupas dan kurang menarik apabila dihidangkan.

Baca juga: Petua Simpan Tauhu Guna Perahan Limau Kasturi, Tak Cepat Busuk & Berlendir

PETUA REBUS TELUR CANTIK DAN TAK RETAK

1. Gunakan telur pada suhu bilik

Sebelum rebus, keluarkan telur dari peti sejuk dan biarkan pada suhu bilik selama 15 hingga 20 minit. Ini bantu kurangkan kejutan suhu bila telur masuk air panas. Suhu sejuk telur berbanding air panas boleh sebabkan kulitnya retak.

2. Mulakan dengan air sejuk, bukan air yang sudah mendidih

Letakkan telur dalam periuk terlebih dahulu, kemudian tuang air sejuk sehingga telur terendam sepenuhnya. Panaskan bersama telur. Bila air panas secara perlahan, tekanan dalam telur naik secara lembut dan ini kurang risiko retak berbanding terus masukkan telur ke dalam air mendidih.

3. Tambah sedikit garam atau cuka dalam air rebusan

Mencampur sedikit garam atau cuka putih ke dalam air sebelum rebus membantu agar putih telur cepat memadat jika ada retakan halus berlaku. Ini bantu cegah telur bocor dan kulit tak pecah.

4. Pastikan telur tidak penuh

Elak penuhkan telur dalam periuk. Jika telur terlalu rapat atau bertindan, sewaktu air mendidih ia boleh berlanggar antara satu sama lain, menyebabkan cangkang pecah. Susun telur dalam satu lapisan dan pastikan ada ruang di antara setiap telur.

5. Kawal suhu dan masa rebusan

Air yang terlalu mendidih boleh sebabkan telur terhempas dalam periuk dan kulit mudah retak. Selepas air mendidih perlahan-lahan, ubah ke api kecil atau sederhana. Rebus telur selama 9 hingga 12 minit, bergantung pada saiz telur dan tahap kematangan kuning telur yang anda mahukan.

Sumber: Slurrp

Baca juga: Cara Halau Bari-Bari Dari Hinggap Buah & Sayur, Seekor Pun Takut Nak Datang!

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

10 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

10 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

10 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

10 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

12 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

13 hours ago