Setiap kali masak sesuatu yang sedap dan dapat pujian daripada keluarga, memang bahagia tak terhingga. Jika suka makan masakan Barat, kenalah tahu cara masak Makaroni Goreng yang lazat di rumah.
Makaroni Goreng adalah hidangan pasta ringkas dan popular di Malaysia, di mana makaroni yang telah direbus, kemudian digoreng bersama bahan-bahan lain seperti sosej, ayam, sayur-sayuran dan sos.
Yusma Mustafa telah tunjukkan cara masak Makaroni Goreng yang tak memerlukan bahan pelik atau langkah yang rumit. Dengan sedikit usaha, anda boleh sediakan hidangan yang buat keluarga tersenyum di meja makan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Buat Spaghetti Carbonara Paling Creamy, Sedap Setanding Kedai Western!
Bahan-bahan:
Cara masak makaroni goreng:
1. Didihkan air, tambah 1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar minyak masak supaya makaroni tak melekat. Rebus selama 10 hingga 15 minit, kemudian toskan. Simpan sedikit air rebusan untuk kuah.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau dan sedikit keperangan.
3. Masukkan daging kisar ke dalam kuali, kacau dan tunggu hingga empuk.
4. Masukkan 1 tin sos pasta jenis cendawan (boleh pilih yang ada ketulan cendawan kecil). Kacau sebati, kemudian tuang sedikit air rebusan makaroni. Biarkan mereneh hingga mendidih.
5. Tambahkan sos cili, garam, gula atau serbuk perasa mengikut citarasa.
6. Gaulkan makaroni yang direbus dengan kuah tadi hingga sebati. Masukkan sayur campur dan kacau sehingga sayur empuk.
7. Jika suka, boleh taburkan cheese parmesan untuk rasa masin berlemak yang sedap.
Tips tambahan:
Selamat mencuba!
Sumber: Yusma Mustafa
Baca juga: Resepi Spaghetti Goreng Ala Melayu, Sekali Cuba Masak Terus Rasa Nak Buat Lagi!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…