PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-24 04:15:12

Kebiasaannya selepas membeli barangan basah, kita akan terus menyimpannya di dalam peti sejuk dan hanya akan mengeluarkannya apabila ingin digunakan untuk masakan. Namun, sesetengah barang basah tidak boleh disimpan lama di dalam peti sejuk dan akan menjadi busuk jika dibiarkan terlalu lama. Antaranya seperti tauhu. Kadang-kadang, para ibu tidak sempat untuk menggunakannya kerana sudah busuk terlebih dahulu. Oleh itu, ikuti perkongsian daripada Rasa tentang cara-cara menyimpan tauhu supaya ianya kekal lama dan tidak berbau.


Kredit: Sajian Sedap

TIPS MEMILIH TAUHU


Kredit:  JUZLAB

Langkah yang paling penting untuk kekalkan kesegaran tauhu adalah dengn memilih tauhu yang sesuai sebelum membeli. Kenalpasti tekstur tauhu untuk membezakan mana yang segar dan mana yang tidak. Bahagian luar tauhu yang tidak berlendir menandakan tauhu masih baru dan dalam keadaan bagus. Kemudian, hidukan bau tauhu tersebut. Elakkan mengambil tauhu yang berbau kurang menyenangkan.
 

TIPS MENYIMPAN TAUHU
 

  1. Bersihkan tauhu di bawah air yang mengalir, kemudian toskan.
     

  2. Masukkan tauhu yang telah dibasuh tadi ke dalam bekas tertutup.


    Kredit: Keluarga
     

  3. Kemudian, Isikan air ke dalam bekas simpanan tauhu. Pastikan semua bahagiam tauhu terendam sepenuhnya. Langkah ini supaya tauhu akan bertahan lebih lama


    Kredit: Rasa Nak Masak
     

  4. Pastikan anda menukar air rendaman tauhu setiap hari untuk memastikan tauhu kekal segar.
     
  5. Anda tidak perlu memotong tauhu sebelum menyimpannya. Potong hanya apabila hendak digunakan sahaja.


    Kredit: Rasa

 

Mudah saja kan tips ini? Anda sudah tidak perlu risau kerana tauhu tidak akan cepat busuk selepas mengikuti tips ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN