petola goreng kunyit

Jika ditanya sayur apakah yang paling mudah dimasak, semestinya ramai akan jawab petola. Tapi pernahkah anda memasak Petola Goreng Kunyit sebelum ini?

Petola memang tak asing lagi dalam dunia masakan Melayu. Biasanya sayur jenis ini dimasak secara sup, masak lemak dan sebagainya.

Bukan saja ia rendah lemak tepu dan juga rendah kalori, ia juga kaya dengan serat pemakanan, vitamin C, riboflavin, zink, thiamin, zat besi dan magnesium.

Oleh sebab ia mempunyai banyak khasiat dan mudah dimasak, tak hairanlah jika petola menjadi pilihan ramai.

Jarang kita dengar tentang Petola Goreng Kunyit, tapi resipi yang dikongsikan oleh Cheyah Saripuddin ini memang menarik untuk dicuba.

Baca juga: Petola Ular Goreng Rangup Macam Mamak, Tak Ada Pahit Langsung!

RESIPI PETOLA GORENG KUNYIT

petola goreng kunyit

Bahan-bahan:

  • 1 biji petola (dihiris sederhana nipis)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 15 ekor udang sederhana besar
  • 2 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
  • 1 biji cili merah (jika nak pedas tambah lagi)
  • 1 biji cili besar hijau (dipotong serong)
  • 1/2 batang lobak merah ( dipotong panjang)
  • Sedikit air dan minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk tadi iaitu bawang merah, cili merah dan serbuk kunyit.

2. Bila garing, masukkan udang, kemudian goreng sehingga udang separuh masak.

3. Masukkan petola, lobak merah dan cili hijau, kemudian gaul sebati.

4. Tambahkan sedikit air dan masukkan bahan perasa, kemudian biarkan ia nampak sebati. Siap untuk dihidang!

petola goreng kunyit

Manalah tahu anda sudah bosan dengan petola yang dimasak secara tumis air, bolehlah cuba buat Petola Goreng Kunyit pula.

Bukan saja jalan kerjanya cukup ringkas, malah hidangan ini juga cepat disiapkan. Tak perlu pakai banyak bahan pun untuk menyediakannya.

Jika anda jadikan Petola Goreng Kunyit sebagai hidangan sayuran, pastinya ia akan melengkapi menu anda pada hari ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Cheyah Saripuddin

Baca juga: Cara Masak Sayur Pedas Petola, Tinggal Rebus Je Semua Bahan Tanpa Guna Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN