petola ular goreng

Mari cuba buat sendiri petola ular goreng rangup macam kedai mamak. Ia antara hidangan sampingan nasi kandar kegemaran ramai orang. 

MyResipi nak kongsikan salah satu menu yang terdapat di kedai mamak iaitu Petola Ular Goreng Rangup. Orang selalu sinonim dengan Peria Goreng. Memang ada juga kedai yang sajikan peria goreng.

Baca juga: Kangkung Goreng Sos Tiram, Sayur Kegemaran Ramai Ini Guna 6 Bahan Saja!

Tetapi, jika diberikan pilihan, sayur petola ular ini atau pun Snake Gourd lebih sedap berbanding sayur peria. Sesetengah kedai akan goreng sayur petola ular ini. 

Sayur ini lebih manis dan sedap jika dibandingkan dengan peria. Peria jika digoreng seperti ini masih juga terasa pahitnya.

Tapi, kalau snake gourd ini sangat sedap. Isinya terasa lembut dan manis. Mari ikuti resipi penuh perkongsian dari Suzana Raman di laman Facebook ini. 


RESIPI SAYUR PETOLA ULAR GORENG RANGUP

petola ular goreng

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 biji petola ular (snake gourd)
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/4 sudu the garam halus
  • 50gm tepung gandum
  • 1 tbsp tepung ubi kayu
  • 1 tbsp tepung beras
  • 1 biji telur – dipukul
  • 1 tbsp serbuk chicken stock
  • 100 ml air ais – tergantung pada kelikatan yang diperlukan
  • sedikit pewarna merah serbuk
  • 1 tbsp minyak

Cara-cara penyediaan:

1. Basuh buah petola ular dan belah dua. Potong melintang dua. Hiriskan jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal sangat. Kita nak nanti goreng jadi sekeping sekeping

2. Masukkan adunan tepung gandum, serbuk cili, tepung ubi, tepung beras, serbuk chicken stock, pewarna merah, garam dan gaul rata. Ambil sedikit dan taburkan pada petola ular.

3. lebihan tepung dibancuh dengan air ais dan minyak (masukkan air tengok pada kelikatan tepung)

4. Celuplah petola ular dalam adunan macam kita salut goreng pisang tu, Tak nipis sangat dan tak tebal sangat kelikatannya, sebab kita nak makan rangup-rangup petola ular ini.

5. Panaskan minyak secukupnya, bila minyak panas masukkan petola yang telah dicelup tepung dan goreng sampai kekuningan dan garing. Bila dan garing toskan minyak

6. Petola ular goreng rangup siap dimakan bersama nasi kandar.


Selamat mencuba resipi sayur petola ini.

Sumber: Facebook Suzana Raman

Baca juga: Tip Hilangkan Miang Sayur Keladi, Tak Gatal Tekak Dan Tangan Dah!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN