Categories: Dapur Tempur

Episod Kedua Makin Panas! Kali Ni Peserta Dapur Tempur Terhidang Bekas ‘Kotor’ Dekat Juri?

Episod kedua Dapur Tempur minggu ini menampilkan empat pasangan lain yang akan berentap dalam dua cabaran iaitu tema kelapa dan resipi turun temurun.

Empat pasangan keluarga yang akan bertempur minggu ini ialah;

1. Seketul Rasa – Pasangan kakak adik (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin, 32)
2. AA – Pasangan biras (Rahayu Jani, 48 & Mariani Mustafa, 45)
3. Masam Manis – Pasangan suami isteri (Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 & Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31).
4. Zest – Pasangan abang adik (Mohd Hafzy Mohd Yusof Senusi, 45 & Norhaiza Mohd Yusof Senusi, 36)

Untuk ke peringkat seterusnya, kesemua pasangan ini harus menyajikan makanan secara kreatif dan sedap namun dengar cerita ada sesuatu yang terjadi?

Hidang bekas kotor dekat juri?

Untuk episod kedua Dapur Tempur, selebriti popular Ayda Jebat diberi tugas sebagai juri jemputan bagi menilai masakan pasangan bertanding. Namun pada sesi penilaian, salah satu pasangan dikatakan telah menghidang bekas yang didakwa kurang bersih kepada para juri. Betul ke kurang bersih? Ke comot sebab terkena masakan?

Artikel berkaitan: ‘Not My Level’- Baru Episod 1, Sheila Rusly Dah ‘Naik Angin’ Dengan Masakan Peserta Dapur Tempur?

Memang silap besarlah! Sheila Rusly selaku juri tetap telah membangkitkan isu kebersihan dan katanya ‘geli’ hendak makan namun kerana tanggungjawab, terpaksa juga telan sesudu?

Aik? Saspen betul ni. Agak-agak pasangan yang mana hidangkan bekas ‘kotor’ dekat para juri? Dekat cabaran yang mana? Jangan lupa untuk tonton Dapur Tempur setiap khamis jam 8.30 malam di saluran TV9.  Dapatkan juga perkembangan terkini mengenai Dapur Tempur di Myresipi.com selaku rakan digital rasmi.

Juara Dapur Tempur bakal memenangi hadiah wang tunai RM6,000 beserta ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun manakala naib juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Pemenang mingguan pula membawa pulang hadiah wang tunai RM500 tajaan NONA manakala pemenang cabaran NONA dalam episod-episod tertentu membawa pulang hamper produk NONA bernilai RM1,000.

#myPanasonic #PanasonicCooking #Nona #NonakanHarimu #DapurTempur #TV9Malaysia #149 #JanjiHappy

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Ini Sukatan Bancuhan Ikan Celup Tepung Terengganu Yang Menjadi, Rangup Berhabuk Elok!

Terasa rindu nak makan ikan celup tepung Terengganu, tetapi kesibukan kerja membuatkan kita tak selalu…

1 hour ago

Cara Mudah Buat Penyaram Pandan, Perap Semalaman Rahsia Kuih Jadi Lebih Lembut!

Kuih penyaram pandan antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, terutama bagi penggemar kuih berasaskan…

2 hours ago

Puding Tutti Frutti Untuk Jamuan Kelas Akhir Tahun, Resipinya Mudah & Tak Perlu Banyak Bahan

Kalau sedang mencari idea pencuci mulut untuk jamuan kelas anak-anak, boleh cuba buat puding tutti…

2 hours ago

Terung Bakar Cicah Telur Separuh Masak, Nampak Biasa Tapi Ramai Suka Gabungan ‘Rare’ Ini!

Kadangkala, hidangan yang paling ringkas itulah yang paling membuka selera. Terung bakar yang dipetik segar…

2 hours ago

Konon Nak Selamatkan Nasi Hampir Basi, Tapi Cara Peniaga Ini Guna Plastik Beras Buat Ramai Risau

Tindakan seorang lelaki yang berkongsi cara mengukus semula nasi hampir basi menggunakan plastik pembungkus beras…

2 hours ago

Resipi Kuih Tepung Bungkus, Sekali Gigit Terus Rasa Inti Kelapa Manis Bersalut Tepung Beras Lemak!

Resepi kuih tepung bungkus antara kuih tradisional yang mempunyai peminatnya tersendiri. Gabungan inti kelapa manis,…

4 hours ago