Memasak menjadi lebih mudah dan cepat dengan adanya pes sambal belacan ini. Bukan sahaja boleh memasak aneka nasi goreng, malah boleh digunakan untuk membuat kangkung goreng belacan, kailan goreng, bihun goreng dan sebagainya.
Pes sambal belacan ini juga sangat berguna ketika di bulan Ramadhan. Ibu-ibu pasti mahu menyediakan menu yang ringkas dan pantas untuk bersahur disebabkan oleh masa yang suntuk. Tak perlu susah payah kupas bawang dan sebagainya, guna saja pes ini!
Baca juga: Cara Buat Stok Pes Kunyit Serbaguna, Tinggal Lumur Je Tiap Kali Nak Menggoreng!
RESEPI PES SAMBAL BELACAN
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 10 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- Belacan sebesar ibu jari
- 2 sudu teh sos tiram
- 2 sudu besar minyak masak
- Air
- Sedikit gula (optional)
Cara-cara penyediaannya:
1. Kisar cili padi, cili merah dan belacan dengan sedikit air. Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau guna ikan bilis, kena kurangkan sos tiram.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi dan masukkan sos tiram.
3. Tumis sehingga menjadi pes dan pecah minyak. Pastikan kacau sentiasa untuk elak menjadi hangit.
4. Apabila sudah menjadi tekstur pes dan pecah minyak, tutup api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
5. Kalau mahu buat dalam kuantiti yang banyak, gandakan sahaja sukatan semua bahan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azima Dandelion
Baca juga: Cara Buat Pes Nasi Goreng, Bila Nak Masak Tinggal Masukkan Nasi & Sayur Je!