Categories: Resipi

Resipi Pes Rendang Homemade, Campuran Rempah Rahsia Ini Buat Rendang Lebih Mengancam!

Rendang antara juadah wajib pada Hari Raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Bagi menjimatkan masa, anda boleh buat Pes Rendang Homemade dengan resipi ini.

Nak buat rendang yang sedap, kenalah kaya dengan rempah dan rasa yang mengancam. Jika hidangan ini sedap dan beraroma, barulah rasa puas apabila makan bersama keluarga.

Rendang lebih mudah dimasak dengan pes, jadi kami kongsikan resipi Pes Rendang Homemade yang dibuat oleh Shue’s Cooking menggunakan thermomix. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Pes Asam Pedas Yang Pekat ‘Kaw’, Bila Nak Masak Boleh Terus Guna

RESIPI PES RENDANG HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 200g minyak masak
  • 45g bawang putih
  • 250g bawang merah
  • 30g halia segar
  • 30g lengkuas
  • 10g kunyit hidup
  • 300g cili merah segar (buang biji)
  • 30g cili kering (buang biji, rendam supaya lembut)
  • 9 biji buah keras
  • 6 tangkai serai segar (dihiris)
  • 120g kerisik
  • 150g gula melaka
  • 3 sudu teh garam himalaya
  • 2 helai daun kunyit (hiris nipis)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan minyak, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup, cili merah, cili kering, buah keras dan serai ke dalam mangkuk adunan thermomix.

2. Kemudian, kisar dengan tahap kelajuan 8 selama 20 saat, kemudian kikis bahagian tepi mangkuk adunan thermomix.

3. Seterusnya, kisar lagi dengan tahap kelajuan 8 selama 15 saat dan kikis bahagian tepi mangkuk adunan thermomix.

3. Selepas itu, tumis dengan tahap kelajuan 2 pada suhu 120ºC selama 15 minit.

4. Masukkan kerisik, gula melaka, garam himalaya dan daun kunyit, kemudian masak dengan tahap kelajuan 2 pada suhu 120ºC selama 8 minit.

5. Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas yang sesuai and simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.

Tips untuk menggunakan Pes Rendang Homemade:

  • Pes ini sesuai digunakan sehingga 3kg ayam, jadi jika nak masak jumlah ayam yang banyak, perlu masak atas dapur sebab maksimum thermomix boleh masak ayam dengan elok adalah 1 hingga 1.3kg saja.
  • Ayam akan keluarkan airnya yang tersendiri, jadi semasa proses memasak dengan thermomix boleh pilih sama ada nak buka atau tutup cawan penyukat. Jika nak rendang jenis basah, boleh tutup. Jika nak yang agak kering, boleh buka.
  • Bagi daging atau kerang, tempoh memasak dengan thermomix perlu diselaras mengikut kuantiti dan potongan daging yang digunakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Shue’s Cooking

Baca juga: Resepi Pes Tomyam Homemade, Pekat Dan ‘Kaw’ Macam Dekat Kedai Thai

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago