Sushi merupakan salah satu makanan tradisi negara Jepun yang kini makin terkenal di serata dunia termasuk Malaysia. Sushi diperbuat daripada nasi yang dicampur dengan cuka, rumpah laut dan makanan laut (mentah/dimasak), kemudian dimakan bersama wasabi serta kicap cair.
Namun, tidak semua orang boleh menerima hidangan ini lagi-lagi jika sushi salmon kerana salmon tersebut mentah. Seperti yang berlaku kepada seorang lelaki ini.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @heynieee, yang berkongsikan pengalaman seorang lelaki yang pertama kali merasai sushi. Dia kelihatan termenung jauh serta sedang menahan dirinya dari termuntah.
Dia juga dilihat sedang mengunyah dalam keadaan terpaksa yang jelas bahawa makanan tersebut tidak menepati selera tekaknya.
“Mak saya cakap, kalau nak muntah tengok benda hijau..”
Apa yang lebih melucukan, dia sempat berseloroh melihat pemandangan hijau boleh menghilangkan rasa loya.
Ramai yang boleh relate dengan reaksinya
Menerjah ke ruangan komen, ramai netizen yang boleh relate dengan reaksi lelaki tersebut yang turut bersetuju makanan tersebut tidak ‘kena’ dengan tekak melayu dan hampir termuntah bila mencubanya.
Lihat video penuh di bawah:
@heyynieee_ First time makan sushiii 🤣 #fyp#foryourpage#justforfun
Sumber: TikTok @heyynieee_