peria goreng

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap jika digoreng garing? Bila makan peria goreng rangup ini, boleh ketagih dan makan tanpa henti!

Bagi mereka yang belum biasa memasak peria, pasti rasa ragu-ragu untuk mencuba, bukan? Bimbang rasa pahit atau hasilnya tidak menjadi.

Jika anda ingin tahu bagaimana cara untuk menggoreng peria yang rangup dan sedap, jom kita lihat resepi peria goreng crispy daripada Dee Noorfaizura ini.

Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Bila Gigit Terasa Lemak Manisnya!

RESEPI PERIA GORENG CRISPY

peria goreng

Bahan-bahan:

  • Peria
  • Garam (untuk meramas peria dan merendam)
  • Tepung serbaguna
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Cuci peria hingga bersih, kemudian sagat setipis mungkin.
  2. Setelah selesai menyagat, ramas peria dengan garam tanpa menggunakan air (kering). Kemudian, bilas hingga bersih.
  3. Seterusnya, rendam peria dengan garam dan simpan dalam peti sejuk selama sehari.
  4. Selepas sehari, toskan air dan lap peria dengan tisu untuk mengeringkannya.
  5. Taburkan tepung serbaguna ke atas peria dan gaul hingga sebati.
  6. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan keperangan. Pastikan peria tidak bergumpal untuk memastikan ia rangup.
  7. Apabila warnanya bertukar keemasan keperangan, angkat dan toskan minyak.
  8. Siap!

Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Dessert Cheese Indulgence, Setiap Suapan Rasa Lembut Berkrim!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN