perbezaan jenis bawang

Rupa-rupanya ada perbezaan fungsi bawang dalam masakan yang memberikan rasa berbeza sama ada lebih sedap atau tidak. Dalam masakan, mesti kita tertanya apakah sumbangan rasa dan fungsi setiap bawang dalam masakan kita kan?

Baca juga: 16 Jenis Potongan Bawang Ikut Hidangan, Lulus Ini ‘Confirm’ Mertua Suka!

Jika pergi ke pasaraya, kita keliru yang mana satu bawang yang kita mahu beli? Haa, ternyata setiap bawang meninggalkan rasa yang sedap terhadap masakan kita.

Menerusi perkongsian Kerepek Bawang Dinda di Facebook, setiap bawang ada kegunaan yang tersendiri. Jika salah guna, boleh menjadi satu masalah kepada masakan itu. Jom kenali jenis-jenis bawang yang selalu digunakan. 


PERBEZAAN FUNGSI BAWANG DALAM MASAKAN

perbezaan fungsi bawang

1. Bawang Kuning / Bawang Besar Holland

Digunakan untuk memberi rasa yang sedap kepada sup, masakan daging, tumisan yang menggunakan api yang tinggi (saute), dan stew.

Jika dalam resipi menyatakan bawang, selalunya paling selamat gunalah bawang kuning ini. Bawang ini memberikan imbangan rasanya yang sedap dan lebih manis.

2. Bawang Merah

Dalam masakan melayu, kita banyak menggunakan bawang merah. Tetapi selalunya bawang ini boleh dimakan begitu sahaja, seperti untuk penyediaan salad dan sandwich.

Bawang merah mempunyai kulit yang berwarna purple-merah dan di antara kebanyakan bawang, ia mempunyai rasa yang paling lembut dan manis.

3. Bawang merah kecil / shallot

Selalunya digunakan sebagai bawang goreng untuk hiasan soto, sup atau nasi goreng. Ia mempunyai saiz lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah. Ia mempunyai rasa yang lebih lembur dari bawang merah.


Semoga bermanfaat!

Baca juga: 7 Cara Elak Mata Pedih Potong Bawang Merah, Memang Berkesan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN