kek lumut

Pernah dengar mengenai kek lumut? Kek ini sebenarnya mempunyai warna yang serupa dengan lumut. Untuk mencapai kecantikan warna kek lumut kukus ini, ia perlu dikukus dengan betul pada masa yang ditetapkan.

Ramai yang mengatakan bahawa kek ini menjadi lebih sedap apabila disimpan untuk tempoh yang lebih lama. Warna kek ini juga memukau dengan kehijauan lumutnya. Resipi kek ini melibatkan campuran nestum dan horlicks.

Baca juga: Kek Marble Kampung Cara MUDAH, Memang Menjadi Ikut Resipi Ini

Jika anda membelinya di luar, harganya mungkin agak tinggi. Lebih berbaloi untuk mencubanya sendiri! Selain itu, anda dapat menjimatkan kos yang banyak. Saya yakin anda akan sangat berpuas hati dengan hasilnya.

Bagi anda yang kreatif, kek lumut ini juga boleh dijadikan sebagai kek hari jadi untuk anak-anak. Pasti anak-anak akan sangat gembira menerima kek buatan sendiri daripada ibu.

Ikuti resipi mudah dari perkongsian Nor Hairiyah Hassim ini. 

RESIPI KEK LUMUT KUKUS 

Bagi anda yang merancang untuk membuat kek ini, sila lihat satu persatu bahan yang diperlukan dan cara penyediaan kek lumut kukus di sini. Ikuti dengan teliti, pasti berjaya. Tekstur kek ini juga lembut dan lembap! 

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur (gred A)
  • 250gm mentega tanpa garam ( unsulted butter – empunya resipi guna buttercup sahaja)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin horlicks
  • 1 cawan kaya – bekas kecil
  • 1/2 tin nestum – kisar
  • 1 tin tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu makan perisa pandan
  • Pewarna hijau secukupnya
    ( untuk sukatan tin, guna tin susu pekat manis)

Cara-cara membuat:

1. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu. Setiap sebiji telur dimasukkan, putar dalam 2 minit.

2. Masukkan esen vanilla, perisa pandan dan pewarna hijau. Putar lagi hingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan susu pekat manis, horlicks, kaya dan nestum.

4. Tambahkan juga tepung gandum yang telah diayak. Gaul hingga semua bahan sebati.

5. Tuang adunan Kek Lumut ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Jangan tuang sampai penuh sebab kek ini akan naik walaupun ia tak guna bahan penaik.

6. Tutup kek menggunakan aluminium foil atau plastic wrap. Hentak sikit loyang bagi mengeluarkan gelembung udara.

7. Panaskan air dalam periuk kukusan, letak loyang dan kukus guna api sederhana selama 3-6 jam. ( empunya resipi kukus selama 3 ½ jam sahaja.

8. Sejukkan kek dan sedia untuk dinikmati.

kek lumut

kek lumut

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Hairiyah Hassim

Baca juga: Kek Tapak Kuda Lembut & Gebu, Mudah Je Rupanya Nak Buat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN