pau goreng

Selain cara kukus, pau juga boleh digoreng dan ternyata pau goreng ini mempunyai ramai peminat. Intinya pula boleh pelbagai jenis, seperti pau kukus, dan kadang-kadang rasanya lebih enak.

Pau goreng ini juga sangat lembut dan gebu, memang lebih memuaskan. Untuk mendapatkan hasil yang sedemikian, terdapat teknik tertentu yang boleh digunakan. Ida Zaida ada berkongsi cara membuat pau goreng dengan inti kacang merah yang lembut dan cepat mengembang.

Baca juga: Petua Buat Kuih Pau Yang Gebu & Tak Berkedut, Lembut Macam Bantal!

RESEPI PAU GORENG KACANG MERAH

“Buat pau goreng kacang merah, memang lembut elok. Adun guna mixer saja, sekejap dah kembang. Bagi yang nak resepi saya sertakan.”

Bahan A:

  • 1 paket yis kering mauripan
  • 2 sudu besar susu pekat
  • Anggaran 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

(Campurkan semua bahan A dan biarkan sehingga berbuih)

Bahan B:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

(Ramas semua bahan B hingga menjadi seperti serbuk roti)

Bahan C:

  • Setengah cawan susu Full Cream/Fresh Milk

Cara-cara:

1. Campurkan bahan A, B, dan C. Uli sehingga menjadi doh yang lembut.

2. Perapkan doh seketika hingga kembang. Kemudian tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.

3. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat dan masukkan inti kacang merah.

4. Biarkan doh mengembang hampir dua kali ganda saiz asal.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng.

6. Goreng sehingga keemasan. Selamat mencuba!

pau goreng

Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida

Baca juga: Resepi Pau Kukus Mudah, Nak Bentuk Putih Cantik Guna Tepung ‘Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN