jeruk buah

Biasa kita buat jeruk asam boi je bila dapat pelam muda dan kedondong, kan? Kali ini, jom cuba resipi jeruk buah pedas pula! ‘Hantu’ jeruk pasti suka, sebab rasanya memang padu. Cukup pedas, masam dan manis.

Sebekas pun boleh habis seorang diri! Resipi ini kalau di Pantai Timur memang terkenal dengan jeruk buah sto, tapi boleh juga guna buah lain seperti cermai, starfruit, celagi, kelubi atau salak. Kalau guna nanas pun sedap!

Baca juga: Cara Buat Jeruk Pauh Yang Rangup Kruk Krak, Sekali Makan Jadi Ketagih!

RESEPI JERUK BUAH PEDAS

jeruk buah

Bahan-bahan jeruk pedas:

  • 50 biji pelam muda
  • 50 biji kedondong
  • Garam kasar secukupnya
  • 2 keping gula nise
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 10 tangkai lada kering
  • 1 inci belacan
  • 2 cawan air

Cara-cara:

  1. Buang kulit pelam dan cuci bersih. Rendam pelam dengan garam kasar selama sejam atau lebih.
  2. Buang kulit kedondong dan rendam dengan garam kasar selama sejam atau lebih.
  3. Untuk kuah jeruk, rebus lada kering sekejap, kemudian kisar halus.
  4. Rebus semua bahan kuah (lada kering, gula nise, gula pasir, garam halus, belacan dan air). Biarkan mendidih sehingga sedikit pekat.
  5. Setelah kuah pekat, biarkan sejuk.
  6. Masukkan pelam dan kedondong ke dalam bekas, kemudian tuangkan kuah yang telah sejuk ke atasnya.
  7. Simpan dalam peti sejuk. Esok sudah boleh makan. Lagi lama simpan, lagi sedap rasanya!
  8. Kuah jeruk tu boleh hirup sejuk-sejuk. Rasa pedas, masam dan manis, memang sedap!

Kredit: Mizah Ngatiman

Baca juga: Cara Buat Cili Jeruk Tanpa Masak, Hanya Potong & Gaul Saja Terus Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN