Categories: Informasi

Patutlah Doraemon Pun Suka, Jom Cuba Resepi Dorayaki Gebu & Terlajak Sedap

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-18 04:40:23

Dorayaki merupakan kuih yang berasal dari Jepun. Dorayaki tergolong sebagai kuih tradisional Jepun (wagashi) yang berbentuk bundar dan sedikit tembam. Tetapi di Malaysia, Dorayaki dikenali melalui anime Doraemon yang suka akan Dorayaki. Ramai juga yang teringin kerana terlalu taksub dengan cerita Doraemon tetapi tiada resepi seperti Dorayaki Doraemon. Hal ini kerana, Dorayaki yang dijual di Malaysia kebiasaanya telah mempunyai selera tempatan seperti berintikan coklat dan kaya. Jadi apa kata kita cuba resepi Dorayaki sedap yang dikongsikan oleh Aqema Nazri di kumpulan Resepi Dari Emak di Facebook.

 

Kredit: Aqema Nazri

 

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • ¼ cawan gula
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu minyak masak
  • Setengah cawan air
  • 2 cawan tepung gandum + 1sudu kecil baking powder
  • Esen vanila
  • Inti (guna penut butter dan coklat)

(Semua sukatan dalam cawan kecuali minyak dan susu sukatan sudu)

 

Kredit: Aqema Nazri

 

 

Cara-cara:

  1. Kacau telur dan gula sampai gebu.
  2. Tambah susu dan minyak kemudian kacau lagi sebati.
  3. Tambah esen vanila dan masukkn tepung berselang seli dengan air.
  4. Ubah suai dunan supaya tidak pekat dan tidak cair.
  5. Panaskan kuali dan sendukkan buat bulat-bulat. (altenatif lain untuk dapat bulat yang sama dan cantik adalah dengan menggunakan piping bag yang boleh dibeli di kedai bakery)
  6. Masak sampai perang dan terbalikkan.
  7. Sejukkan dan boleh sapu inti mengikut citarasa sendiri.

 

Kredit: Aqema Nazri

 

 

Kredit: Aqema Nazri

 

 

Kredit: Aqema Nazri

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Aqema Nazri

myresipi

Recent Posts

Resipi Kek Batik Lembut Tanpa Telur, Rahsia Sukatan Inilah Yang Buat Hasilnya Lebih Menjadi!

Buat kek batik tetapi hasilnya selalu keras dan susah nak digigit? Memang boleh hilang selera…

16 hours ago

Sup Miso Ala Restoran Jepun, Nikmat Letak Tauhu Lembut Serta Rumpai Laut & Kaya Probiotik!

Resepi sup miso ala Jepun ini merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda yang…

16 hours ago

Ada Lebihan Kacang Panjang? Ini 2 Cara Simpan Supaya Tahan Lebih Lama & Tak Membazir!

Kacang panjang antara sayur yang mudah digunakan dalam pelbagai masakan. Namun, jika terbeli terlalu banyak…

16 hours ago

Nasi Daging Ala Kenduri Di Kedah, Masak Dalam Rice Cooker Sahaja Tapi Daging Lembut Yakmat!

Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…

18 hours ago

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

19 hours ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

20 hours ago