Categories: Resipi

Paru Crispy Rangup & Tak Mudah Lemau, Ini 5 Langkah Mudah Wajib Ikut!

Paru crispy yang rangup dan berperisa memang sedap dimakan bersama nasi panas. Namun, ada beberapa petua penting untuk memastikan paru garing dengan sekata dan tidak mudah lemau selepas digoreng.

Menerusi perkongsian Nur Syafiqah di Facebook, terdapat beberapa langkah mudah untuk menghasilkan paru crispy yang rangup, daripada proses merebus hingga teknik menggoreng.

Baca juga: Wanita Ini Cuba Resipi Chilli Crab Che Sayang, Ketam Digoreng Asing Rupanya Rahsia Garing & Kuah Pekat!

RESIPI PARU CRISPY RANGUP

Bahan-bahan:

  • Paru secukupnya
  • Serai dan halia
  • Tepung beras
  • Tepung Bestari
  • Serbuk kunyit
  • Cili boh
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan tambahan (pilihan): Bawang goreng, daun kari, cili flakes dan serbuk perasa seperti salted egg atau kari.

Cara-Cara Penyediaan Paru Crispy:

1. Rebus paru hingga empuk

Bersihkan paru dan rebus bersama serai yang diketuk serta halia selama kira-kira 40 minit hingga satu jam, bergantung pada kuantiti.

2. Simpan dalam peti sejuk

Sejukkan paru dan simpan dalam peti sejuk biasa semalaman supaya lebih pejal dan mudah dihiris.

3. Hiris nipis

Hiris paru senipis yang boleh. Hirisan nipis membantu paru menjadi lebih garing ketika digoreng.

4. Gaul dengan tepung

Gaulkan paru bersama tepung beras, tepung Bestari, serbuk kunyit, cili boh, garam, serbuk perasa dan sedikit air. Pastikan salutan tidak terlalu basah.

5. Goreng hingga garing

Panaskan minyak dan goreng paru. Mulakan dengan api agak kuat, kemudian kecilkan sedikit sambil mengacau supaya garing sekata.

Perhatikan buih minyak yang semakin berkurangan dan tinggal buih-buih halus sebagai salah satu petunjuk paru menghampiri tahap garing. Angkat dan toskan minyak apabila sudah cukup rangup.

Tips Supaya Paru Crispy Tak Mudah Lemau:

  • Hiris paru nipis dan sekata.
  • Jangan gunakan terlalu banyak air dalam adunan tepung.
  • Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng.
  • Goreng hingga benar-benar garing dan toskan minyak.
  • Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara yang bersih dan kering.

Selepas paru sejuk, campurkan bawang goreng, daun kari dan cili flakes untuk menambah aroma. Boleh juga gunakan perasa kegemaran mengikut cita rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Syafiqah

Baca juga: Ayam Singgang Masam Pedas, Semua Bahan Tumbuk Je Tapi Sedap Makan Sampai 2 Pinggan!

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago