Kalau sarapan, buat pancake mini pun boleh juga. Nampak comel-comel je dan boleh dimakan dengan sekali suap saja.
Biasanya, pancake ini boleh dimakan begitu saja. Kalau anda rajin, bolehlah buat kaya homemade atau kuah coklat untuk dimakan bersama pancake itu.
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis
Ikuti resipi penuh dari perkongsian Wo-aini Crafter. Anak-anak mesti teruja nak bersarapan nanti!
RESIPI PANCAKE MINI COMEL-COMEL INTI KAYA & NUTELLA
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan susu segar
- 1/2 cawan air
- 1 sudu teh tepung kastard
- Sedikit vanilla
- 1 biji Telur gred A
- 1 sudu teh baking powder
Cara-cara penyediaan:
- Campur ke semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
- Sapu sedikit mentega atau minyak di atas kuali yang dipanaskan. Guna senduk kecil untuk menuangkan adunan ke dalam kuali, membentuk penkek mini yang comel (saya guna sudu sukat besar). Jadi, semua saiz penkek sama saja bulatnya.
- Biarkan ia berbuih di permukaan dan apabila muncul gelembung kecil, balikkan dan masak dari sisi yang lain sehingga kedua-dua sisi menjadi keemasan.
- Selepas itu, angkat penkek dari kuali dan boleh letak inti kaya dan nutella. Nak letak inti lain pun boleh ikut citarasa masing-masing. Kemudian, kapitkan.
- Ulang semula langkah diatas sehingga habis penkek yang sudah dibuat.
Tip tambahan: Jangan masak pancake sampai kering sangat. Nanti susah nak kapit.
Selamat mencuba.
Sumber: Wo-aini Crafter
Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba