Makanan sejuk beku seperti nugget sering jadi pilihan ramai kerana cepat siap. Jika nak lebih sihat, mestilah kena buat Nugget Ayam Homemade dengan air tangan sendiri.
Nugget Ayam ialah makanan yang dibuat dengan menggunakan ketulan daging ayam serta dilapisi dengan tepung roti, kemudian digoreng.
Setiap kali pergi ke restoran makanan segera, pasti terlihat Nugget Ayam dalam menu. Selain itu, ia juga sering dibuat secara sejuk beku dan dijual kepada orang ramai.
Ramai yang buat Nugget Ayam Homemade secara kukus sebelum menggorengnya, sedangkan terdapat cara yang mudah tanpa kukus dan hasilnya memang memuaskan.
Jika anda teringin buat Nugget Ayam Homemade lebih sihat tanpa perlu mengukusnya, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Siti Zunnurain di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Nugget Ayam Versi Stick, Buat Sarapan Menarik Begini ‘Confirm’ Anak Bangun Awal
RESIPI NUGGET AYAM HOMEMADE
Bahan-bahan:
- Daging ayam cincang
- Telur
- Garam
- Blackpepper powder
- Onion powder
- Tepung jagung
- Tepung goreng ayam
- Minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kisar daging ayam, telur, garam, blackpepper powder dan onion powder (sebab ada jadi tambah saja, boleh cuba untuk perasakan dengan apa-apa yang disukai).
2. Guna sudu dan skopkan bulat-bulat, kemudian masuk dalam tepung jagung dan salut dengan tepung jagung tersebut (boleh gunakan ice cream scoop jika ada di rumah).
3. Selepas itu, salut dengan bancuhan tepung goreng ayam (saya guna ready made jenama Bon chef original).
4. Akhir sekali, bolehlah digoreng dalam minyak yang panas. Jika nak disejuk bekukan, goreng sekejap saja. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!
Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga menyukai Nugget Ayam kerana bukan saja sedap, malah rangup dan mudah dimakan.
Jika anda tiada idea untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah, bolehlah buat Nugget Ayam Homemade ini dan pasti mereka akan makan sampai habis.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Zunnurain
Baca juga: Resepi Nugget Homemade Tanpa Kukus, Campur-Campur Terus Goreng!