Setiap kali keluar berkelah, memang tak sah lah jika tiada sesi masak memasak untuk mengisi perut kan? Namun baru-baru ini, seorang individu berkongsikan satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku semasa mereka sedang seronok berkelah.

Semuanya gara-gara tempat memasak yang sedang digunakan untuk membakar daging ini meletup secara tiba-tiba. Malah kebanyakan netizen turut sama terkejut melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki dan wanita sedang memasak di kawasan air terjun itu. Pada awalnya, semua berjalan dengan baik sahaja malah mereka juga dilihat begitu seronok memasak dan meluangkan masa di situ.

Tidak lama kemudian, tempat memasak yang digunakan untuk membakar daging itu meletup secara tiba-tiba menyebabkan ianya tercampak. Letupan kecil itu juga turut membuatkan mereka terkejut dibuatnya ditambah pula dengan bunyi yang kuat itu.

Difahamkan kejadian ini berlaku kerana tekanan udara di bahagian bawah tempat memasak itu menyebabkan batu atau simen itu meletup dibuatnya. Malah ada juga netizen yang berkongsikan pengalaman yang sama dan menasihati orang ramai untuk berhati-hati.

“Atas batu takleh bakar, atas simen pun tak boleh. Batu akan pecah.”

“Memang takleh bakar atas simen tu, saya pernah kena masa ramai-ramai buat bubur asyura…”

Sumber: TikTok @huzaifahmiorbadri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN