Categories: Makan Sini Best

Resipi Warisan, Sambal Pekat & Bungkus Daun Pisang Jadi Tarikan Nasi Lemak Tok Ami

Siapa sangka, nama Nasi Lemak Tok Ami (NLTA) yang kini dikenali ramai sebenarnya diambil sempena nama ibu kepada pengasasnya, En. Mohammad Zackir.

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan buat ibunda tercinta, resepi turun-temurun ini terus dikekalkan hingga ke hari ini, terutamanya sambal yang menjadi nadi utama hidangan nasi lemak Tok Ami.

Baca Juga: Dulu Digelar Jambatan Ikonik, Kini Nasi Lemak Tamparuli Terus Jadi Kegemaran di USJ

Baca Juga: Nasi Lemak Village Park Jual 10,000 Bungkus Sehari, Rahsia Sedap Terletak Pada Ayam Goreng Crispy & Nasi

Bermula Dengan Catering, Kini Cecah 3,000 Bungkus Sehari

Perjalanan NLTA bukanlah mudah. Awalnya hanya sebagai menu sampingan untuk acara pejabat dan kafeteria Hospital Kuala Lumpur, mereka beroperasi dari central kitchen kecil di Kampung Baru.

Namun, ketika pandemik Covid-19 melanda pada tahun 2020, catering terpaksa dihentikan.

Waktu itulah NLTA mula lebih fokus menjual nasi lemak. Bermula dengan penghantaran bermotor sekitar Ampang, Keramat, Titiwangsa dan Melawati, sambutan pelanggan sangat luar biasa.

Hari ini, jumlah jualan yang dulunya hanya 200–300 bungkus sehari kini meningkat kepada 2,500 – 3,000 bungkus setiap hari!

3 Menu Ringkas Tapi Power

Nadratul Amira Mohd Yusoff

Rahsia kejayaan NLTA ada pada kesederhanaannya. Menurut Pengurusnya, Nadratul Amira Mohd Yusoff, NLTA hanya menyediakan tiga menu iaitu Original, Telur Mata dan Paru tetapi ketiga-tiganya menjadi pilihan ramai.

Original dengan telur rebus, ikan bilis dan kacang kekal sebagai identiti nasi lemak klasik. Dibungkus dengan daun pisang, menu ‘simple’ ini tetap jadi kegemaran kerana rasa yang tak pernah jemu.

Bagi yang sukakan kelainan, pilihan Telur Mata hadir dengan telur goreng garing di luar tetapi lembut di dalam, menjadikannya lebih dekat dengan selera pelanggan masa kini.

Sementara itu, Paru pula direbus, digoreng dan dimasak bersama sambal pekat sebelum dibalut daun pisang. Hidangan ini menjadi tarikan utama buat pelanggan tetap yang sememangnya peminat paru.

Sambal Masak 8 Jam & Aroma Daun Pisang

Kalau nak tahu keistimewaan NLTA, jawapannya ada pada sambal dan cara bungkusannya.

Sambal dimasak hampir 8 jam hingga pekat berperisa, tidak terlalu pedas dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Ditambah pula dengan aroma daun pisang dalam setiap bungkusan, memang buat siapa yang makan akan terkenang nasi lemak zaman dulu-dulu.

Portion yang banyak, harga berpatutan, dan “ready to eatpackaging menjadikan NLTA antara pilihan utama pelanggan setia.

“Nasi Lemak Tok Ami macam rasa masak sendiri di rumah…”

Bukan sekadar kata pengusaha, pelanggan sendiri jadi saksi. Menurut Nadratul Amira, ada yang sanggup memesan hingga ke Janda Baik, Pahang.

Ada juga yang datang dari Johor, pasti wajib singgah beli tiap kali datang KL dan berkongsi: “Setiap kali datang ke KL, wajib singgah beli Nasi Lemak Tok Ami. Sambalnya rasa macam dulu-dulu.”

Amira juga berkongsi seorang lagi pelanggan mengakui: “Bungkusannya kemas, portion banyak, harga murah… memang puas hati makan!”

Tidak kurang juga yang berterima kasih kerana masakannya “macam rasa masak sendiri di rumah.”

Tapi bukan semuanya mudah. Antara cabaran pahit ialah bila stok daun pisang, telur atau bahan mentah lain habis secara tiba-tiba.

Menurut Nadratul Amira, ada juga hari jualan tak laku banyak seperti biasa. Semua itu jadi pengalaman berharga buat mereka.

Lebih banyak kiosk Nasi Lemak Tok Ami

NLTA kini memasang impian besar untuk membuka lebih banyak kiosk sekitar Lembah Klang, menjadi pembekal ke stesen minyak, hypermarket dan café, serta membangunkan restoran jenama NLTA sendiri.

Tercalon antara Top 5 Nasi Lemak Terbaik di Lembah Klang adalah bukti sokongan padu pelanggan.

Harapan mereka jelas untuk terus menjaga kualiti, memberi servis terbaik dan menjadikan NLTA satu nama besar dalam dunia nasi lemak.

Kalau anda pernah cuba Nasi Lemak Tok Ami, anda team mana? Original, Telur Mata atau Paru?

Bermula Ogos hingga September ini, MyResipi menganjurkan kempen Makan Sini Best bagi mengetengahkan nasi lemak terbaik di sekitar Lembah Klang. Pilihan rakyat, bukan pengkritik.

Calonkan dan undi nasi lemak kegemaran anda di myresipi.com/makansinibest dan saksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Nasi Lemak Paling Best di Lembah Klang pilihan rakyat.

Jangan lupa juga untuk hadir ke acara kemuncak pada 9 Oktober 2025 dan jadi antara 100 pengunjung terawal yang berpeluang menikmati nasi lemak percuma serta produk tajaan eksklusif!

Baca Juga: Ramai Sanggup Beratur Demi Nasi Lemak Saleha Ampang, Nasi Lemak Terbaik Pilihan Ramai

Baca Juga: Rahsia Sambal Pedas Yam Yam KL, Antara Nasi Lemak Terbaik di Gombak yang Wajib Cuba

Shaifullah

Recent Posts

Rahsia Kuali & Periuk ‘Cast Iron’ Tahan Puluhan Tahun: Panduan Penjagaan Lengkap

Memiliki alatan masakan daripada cast iron (besi tuang) merupakan salah satu pelaburan terbaik di dapur.…

9 hours ago

Jangan Buat Tak Tahu Kalau Peralatan Dapur Berkarat, Ini Kesan BURUK Kalau Terus Guna!

Pernah tak perasan ada alat perkakas dapur seperti sudu, garpu atau pisau yang mula mempunyai…

10 hours ago

Pernah Dengar Durian Tupai King? Digelar ‘Durian Bangsawan’ Baharu, Harga Boleh Cecah RM160 Sekilogram!

Durian Tupai King mungkin belum terkenal seperti Musang King, tetapi jenis ini semakin mendapat perhatian…

10 hours ago

Resipi Air Coconut Shake Guna Isi Kelapa Tua, Memang Tak Kalah… Sedap Macam Di Gerai!

Kalau selama ini ingat resepi coconut shake susah nak buat, rupanya senang saja! Tak perlu…

12 hours ago

Resipi Ikan Siakap Rebus Halia Limau, Campurkan Saja Semua Bahan Ini Dalam Kuali!

Kalau suka lauk ikan yang ringan tetapi tetap penuh dengan rasa, ikan siakap rebus halia…

14 hours ago

5 Modal Rendah Untung Lebat, Resepi ‘Street Food’ Sesuai Untuk Mula Bisnes

Menjual makanan jalanan (street food) merupakan antara pilihan perniagaan paling selamat bagi golongan peniaga pemula.…

15 hours ago