Categories: Resipi

Resipi Nasi Ayam Homemade, Lengkap Dengan Sup, Kicap & Sambal Yang Penuh Rasa!

Siapa yang tak suka nasi ayam wangi, lembut dan penuh rasa? Dengan resipi nasi ayam homemade ini, anda boleh sediakan hidangan restoran dengan mudah di rumah sendiri!

Resipi nasi ayam homemade ini mudah diikuti, lengkap dengan nasi, ayam, sup, kicap dan sambal. Ikut langkah demi langkah, ia menjadi hidangan kegemaran keluarga. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Masak Nasi Minyak Paling Cepat Guna Periuk Nasi, Sedap Setanding Kenduri Kahwin!

RESIPI NASI AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan untuk rebus ayam:

  • 1 ekor ayam (potong 4)
  • Air secukupnya untuk rebusan
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu halia (tumbuk/kisar)
  • 2 sudu bawang putih (tumbuk/kisar)
  • 1 sudu garam

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 3 sudu halia (tumbuk/kisar)
  • 2 sudu bawang putih (tumbuk/kisar)
  • 3 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu sos tiram
  • 3 sudu kicap manis
  • 1 sudu kicap pekat

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 3 cawan beras (basuh bersih)
  • 50 gram butter
  • 3 batang serai (ketuk)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu halia (tumbuk/kisar)
  • ½ sudu kecil garam halus
  • 1 sudu bawang putih (tumbuk/kisar)
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • Sedikit pati ayam

Bahan-bahan untuk sup:

  • Air rebusan ayam secukupnya
  • 1 biji lobak merah/putih (potong dadu)
  • 1 sudu halia (tumbuk/kisar)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu bawang putih (tumbuk/kisar)
  • 1 sudu kecil lada biji tumbuk
  • Sedikit pati ayam
  • Daun sup/daun bawang
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan untuk kicap:

  • 1 cawan air biasa
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • ½ sudu halia (tumbuk/kisar)
  • ½ sudu bawang putih (tumbuk/kisar)
  • 4 sudu kicap manis
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 2 sudu sos tiram
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Bahan-bahan untuk sos sambal:

  • 5 biji cili hidup merah
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu cuka
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu tepung jagung, bancuh sedikit air

Bahan-bahan untuk hiasan:

  • Tomato
  • Timun
  • Salad
  • Sayur potong

Cara-cara memasak:

1. Rebus Ayam.

  • Dalam periuk, masukkan air secukupnya, ayam, kiub pati ayam, halia, bawang putih dan garam.
  • Rebus sehingga ayam masak sepenuhnya.
  • Tos ayam dan simpan air rebusan untuk masak nasi dan sup.

2. Perap Ayam.

  • Campurkan halia, bawang putih, gula, garam halus, sos tiram, kicap manis dan kicap pekat.
  • Lumurkan pada ayam yang telah direbus.
  • Tutup dan biarkan perapan meresap.

3. Masak Nasi.

  • Tumis butter, halia, bawang putih, serai dan daun pandan hingga wangi.
  • Masukkan beras, serbuk kunyit, garam dan air rebusan ayam.
  • Masak nasi sehingga lembut dan wangi.

4. Masak Sup.

  • Panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan lada biji hingga wangi.
  • Masukkan air rebusan ayam, lobak, garam, pati ayam dan masak hingga lobak empuk.
  • Akhir sekali tabur daun sup dan daun bawang.

5. Buat Kicap.

  • Masukkan semua bahan kicap ke dalam periuk, masak hingga mendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau hingga pekat dan sebati.

6. Buat Sos Sambal.

  • Kisar cili hidup merah dengan air.
  • Masak bersama gula, garam, cuka dan sos cili hingga mendidih.
  • Masukkan tepung jagung, kacau hingga pekat.

7. Goreng Ayam.

  • Goreng ayam yang telah diperap hingga kekuningan dan rangup.
  • Potong ayam untuk dihidangkan.

8. Hiasan.

  • Sediakan sayur potong, tomato, timun dan salad.
  • Susun nasi ayam, ayam goreng, sup, kicap dan sambal di atas pinggan.

Selamat mencuba!

Sumber: Dahlia Ajja

Baca juga: Resipi Nasi Lemak Simple Sukatan 3 Pot Beras, Confirm Jadi Dan Wangi Macam Mak Masak

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

11 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

11 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

11 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

12 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

12 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago