
Kutu beras jika sudah sekali beranak pinak dalam bekas, memang susah nak kawal sampaikan stres dibuatnya. Oleh sebab itu, ramai tercari-cari cara hilangkan kutu beras paling berkesan.
Beras yang disimpan lama dalam bekas memang memudahkan ia menjadi tempat pembiakan kutu beras. Sudah cuba pelbagai petua, tapi kutu beras tetap muncul semula.
Sebenarnya bukan sebab petua itu tak berkesan langsung, tapi kerana telur kutu yang masih hidup dalam beras. Apabila cukup masa, ia akan menetas dan jadi satu generasi baru pula.
Kali ini, kami kongsikan cara hilangkan kutu beras paling cepat oleh pengguna Threads, @fvtihvh09 yang boleh hapuskan semua kutu beras sampai ke keturunannya. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Petua Halau Lalat Dan Lipas Paling Menjadi, Campur 5 Bahan Dapur Saja!
CARA HILANGKAN KUTU BERAS

1. Masukkan beras berkutu ke dalam periuk nasi, tak perlu tambah air.
2. Tekan butang “Cook” seperti biasa. Jika periuk ada fungsi “Quick Cooking”, lebih bagus kerana panasnya lebih cepat naik.
3. Biarkan selama 5 minit. Suhu panas ini akan mematikan kutu dan telurnya.
4. Apabila sudah pasti semua kutu mati, pindahkan semula beras ke dalam bekas yang bersih. Jika ada sisa telur, pastikan dibersihkan betul-betul supaya tak membiak semula.
5. Jika masih nampak kutu hidup, panaskan semula sekejap lagi.

Hasilnya, kutu beras semua mati dan tak sempat nak bertelur lagi. Jika rajin, boleh kutip satu-satu. Semasa basuh beras nanti, kutu yang sudah mati itu akan terapung dan mudah dibuang.
Semoga bermanfaat!
Sumber: fvtihvh09
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Simpan Beras Selama 2 Tahun, Kutu Beras Pun Tak Berani Singgah!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














