mee siam goreng

Setiap hari makan nasi berlauk, sekali-sekala anda boleh tukar selera dengan memasak Mee Siam Goreng Singapore yang kesedapannya luar biasa.

Bukan setakat popular di Singapura, malah Mee Siam Goreng yang tampil dalam versi kering dan basah juga telah menjadi kegemaran orang Malaysia sekarang.

Seperti perkongsian resipi oleh Nurul Ateekah di Facebook, dia telah memasak Mee Siam Goreng Singapore dalam versi kering yang sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

RESIPI MEE SIAM GORENG SINGAPORE

mee siam goreng

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus bihun (direndam dengan air biasa sehingga lembut dan toskan)
  • Taugeh
  • Kucai (dipotong)
  • Udang
  • 10 ketul fishball (dibelah2)
  • 1 ketul besar tauhu (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar tauchu*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 10-15 batang cili kering*
  • 2 biji bawang besar*
  • 7 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil serbuk belacan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 2 kiub Knorr ayam
  • Minyak masak secukupnya

Bahan-bahan hiasan:

  • Cili merah
  • Bawang goreng
  • Telur dadar (dipotong hiris)
  • Tauhu (dipotong dadu dan digoreng)
  • Limau kasturi (dibelah dua)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar bahan yang bertanda (*) sehingga hancur.

2. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing.

3. Di dalam kuali minyak yang sama, tumiskan bahan yang telah dikisar sebentar tadi sehingga masak dan pecah minyak.

4. Apabila cilinya sudah masak, masukkan kiub ayam, sos tiram dan serbuk belacan, kemudian gaul seketika.

5. Seterusnya, masukkan udang dan fish ball, kemudian biarkan ia masak bersama cili.

6. Setelah itu, pecahkan 2 biji telur dan gaul sehingga menjadi telur hancur.

7. Kemudian, masukkan mee hoo, kucai dan taugeh, kemudian gaul sebati sehingga masak

8. Akhir sekali, masukkan sos ikan dan gaul-gaul seketika sehingga berasap, kemudian padamkan api dapur. Siap untuk dihidang!

Selain dijadikan sebagai hidangan ketika jamuan, Mee Siam Goreng Singapore juga merupakan idea menarik untuk potluck atau berkelah bersama keluarga pada hujung minggu.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: Resepi Mee Hailam Simple, Letak Bahan ‘Ini’ Terus Kuah Jadi Pekat Banjir!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN