Jika anda peminat makanan kampung atau suka sangat dengan menu yang ringkas tapi tetap memikat selera, wajib cuba resepi Mee Sanggul Goreng ini di rumah.
Walaupun bahan-bahannya sangat mudah, namun rasanya memang padu. Hidangan lembut dan beraroma ini membuatkan kita teringat zaman dulu sewaktu makan dekat warung.
Kami begitu tertarik dengan perkongsian resipi Mee Sanggul Goreng oleh Athmanida Binti Othman di Facebook kerana ia kelihatan sungguh menyelerakan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Mee Tarik Homemade, Buat Sendiri Tapi Sedap Macam Dekat Kedai
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, rendam mee sanggul lebih kurang sejam sebelum digoreng.
2. Kemudian, goreng telur sampai hancur, angkat dan ketepikan.
3. Selepas itu, panaskan lebih kurang dalam 4 sudu minyak masak.
4. Seterusnya, tumis bawang putih yang sudah diketuk tadi.
5. Masukkan lebih kurang dalam 2 sudu besar cili kisar (terpulang nak pedas macam mana).
6. Apabila cili sudah pecah minyak, masukkan ayam atau daging.
7. Kemudian, masukkan 2 sudip sos cili, 2 sudip kicap masin dan 1 sudip kicap manis (saya pakai sudip besi, nak bagi kuantiti yang tepat itu tak pasti, agak-agak saja).
8. Apabila agak kering sesuai dengan kuantiti mee tadi, masukkan udang dan tunggu agak-agak udang masak.
9. Akhir sekali, masukkan mee, sayur yang disukai dan telur hancur, kemudian kacau sebati.
Jika anda nak hidangan Mee Sanggul Goreng yang lebih wangi, boleh taburkan daun sup dan bawang goreng. Setelah dapat sepinggan, pasti teringin nak tambah lagi nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Athmanida Binti Othman
Baca juga: Resipi Mee Sanggul Tumis Ayam Simple, Kuah Sedap Dan Menyerap Elok!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…