
Sekali-sekala nak buat stail masakan Cina, anda boleh cuba resepi Mee Tarik Homemade ini. Bukan saja kenyal dan unik, malah ia sesuai dinikmati bersama keluarga di rumah.
Mee Tarik ialah sejenis mi tradisional dari China, khususnya dari wilayah Lanzhou dan terkenal dalam masakan Muslim Hui. Dalam Bahasa Melayu, ia merujuk kepada mi yang ditarik dengan tangan.
Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian resepi Mee Tarik Homemade oleh Zurina Zulkefli di Facebook yang menarik kerana dibuat dengan air tangan sendiri. Jom kita cuba!
Baca juga: Mee Celup Thai, Guna Resipi Ini Dapat Hasil Kuah Yang Mantap Merecik!
RESEPI MEE TARIK HOMEMADE

Bahan-bahan untuk mee:
- ½ cawan tepung gandum
- Sedikit air
Bahan-bahan untuk kuah sup:
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- Air
- Kiub pati lembu
- Sedikit garam
Bahan-bahan untuk chili oil:
- Lada kering
- Sedikit cili sichuan
- 1 ulas bawang putih
- Minyak
- Rempah kasar 3 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang)
- Sedikit garam
- Ajinomoto
Bahan tambahan:
- Sawi (dihiris)
Cara-cara membuat mee:
1. Uli setengah cawan tepung gandum bersama sedikit air.
2. Uli sampai berbentuk doh bulat, rehatkan selama 10 minit.
3. Uli lagi sampai doh betul-betul tebal. Rehat lagi selama 5 minit.
4. Uli untuk kali terakhir dan potong bahagi empat bahagian kecil.
5. Canaikan doh sampai leper dan potong sehelai sehelai.
6. Rebus dalam air panas.

Cara-cara membuat kuah sup:
1. Tumis seulas bawang putih cincang.
2. Masukkan air dan kiub pati lembu.
3. Masukkan sedikit garam dan reneh sampai mendidih.
Cara-cara membuat chili oil:
1. Potong lada kering, buang biji, basuh dan sangai atas kuali tanpa minyak.
2. Masukkan sedikit cili sichuan supaya lebih terasa stail masakan Cina.
3. Kisar cili bersama seulas bawang putih sampai halus.
4. Panaskan minyak banyak-banyak dan tuang cili kisar tadi.
5. Masukkan 3 sekawan untuk chili oil lebih wangi.
6. Masukkan sedikit garam dan ajinamoto.
Bagi menyempurnakan resepi Mee Tarik Homemade ini, anda perlu toskan mee yang sudah siap direbus dan letak dalam mangkuk bersama hirisan sawi.
Selepas itu, masukkan chili oil dan tuangkan kuah sup panas ke atas hidangan, kemudian kacau. Jika tak nak pedas, tak letak chili oil pun kuahnya sudah cukup sedap dihirup.
Selamat mencuba!
Sumber: Zurina Zulkefli
Baca juga: Resipi Mee Sanggul Tumis Ayam Simple, Kuah Sedap Dan Menyerap Elok!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














