mee rebus sedap

Mee Rebus sedap dengan kuah pekat dan berlemak memang sukar ditolak. Aroma harum serta rasa manis semula jadi daripada keledek dan kentang menjadikan setiap suapan benar-benar memuaskan.

Resipi Mee Rebus sedap ini dikongsikan oleh Noora Sultan, menggunakan bahan ringkas tetapi menghasilkan kuah pekat, berkilat dan melekat elok pada mee, sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Baca juga: Mee Kuah Daging Padu Panas-Panas, Paling ‘Heaven’ Bila Makan & Hirup Waktu Hujan

RESIPI MEE REBUS SEDAP

mee rebus sedap

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • ½ kg daging
  • Tauhu secukupnya
  • Telur rebus
  • Tauge (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • Cili hijau (dihiris halus)

Bahan-bahan kuah:

  • ½ kg keledek (direbus & dikisar)
  • 6 biji kentang (direbus & dikisar)
  • 4 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 20g udang kering (direndam dan dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus daging sehingga empuk. Angkat dan potong mengikut citarasa. Simpan air rebusan untuk kuah.

2. Rebus kentang dan keledek hingga lembut, kemudian kisar atau lenyek hingga halus.

3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar serta bawang putih kisar sehingga naik bau.

4. Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit, tumis hingga pecah minyak.

5. Masukkan udang kering kisar dan gaul sebati.

6. Masukkan campuran kentang dan keledek kisar, kacau hingga sebati.

7. Tuangkan air rebusan daging sedikit demi sedikit sehingga kuah mencapai kepekatan yang diingini.

8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sambil dikacau hingga kuah menjadi pekat dan berkilat.

9. Susun mee kuning ke dalam mangkuk. Letakkan daging, tauhu, tauge, sawi dan telur rebus di atasnya. Curahkan kuah mee rebus panas dan taburkan cili hijau hiris sebagai pelengkap.

Tips rahsia supaya mee rebus lebih sedap:

  • Untuk kuah lebih lemak, boleh tambah sedikit air rebusan tulang.
  • Sentiasa kacau kuah supaya tidak hangit di bahagian bawah periuk.
  • Hidangkan bersama limau kasturi atau sambal cili untuk rasa lebih padu.

Mee Rebus sedap bukan sahaja mudah disediakan, malah sangat sesuai untuk hidangan keluarga kerana kuahnya boleh disimpan dan dipanaskan semula tanpa berubah rasa. Sekali cuba, memang boleh jadi resipi wajib di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Noora Sultan

Baca juga: Mee Wantan Sup Ala Restoran Cina, Kuah Jernih Dan Dumpling Lembut Cukup Rasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN