
Tauhu goreng sedap dijadikan lauk sampingan atau sekadar dicicah dengan sambal kicap. Sebelum goreng, anda perlu tahu tentang tips tauhu tak melekat pada kuali semasa goreng.
Nak pastikan tauhu goreng jadi rangup dan tak melekat ada triknya. Tak susah pun, cuma perlu sedikit kesabaram dan ikut beberapa langkah yang mudah saja.
Jika anda pernah kecewa kerana tauhu goreng hancur berderai, cuba dulu beberapa tips tauhu tak melekat di bawah. Selepas ini, anda akan lebih yakin nak goreng tauhu pada bila-bila masa.
Baca juga: Cara Simpan Tauhu Tahan Lama & Tak Cepat Masam, Segar Macam Baru Beli!
TIPS TAUHU TAK MELEKAT PADA KUALI SEMASA GORENG

1. Keringkan tauhu terlebih dahulu
Tauhu sifatnya penuh air. Jika terus masuk kuali tanpa dilap, memang mudah melekat. Sebelum goreng, eloklah lap tauhu dengan tisu dapur supaya permukaannya lebih kering. Apabila kurang lembapan, tauhu lebih mudah garing dan tak melekat pada kuali.
2. Pastikan minyak betul-betul panas
Minyak suam-suam kuku memang punca utama tauhu melekat. Jadi, biar minyak betul-betul panas dulu sebelum masukkan tauhu. Apabila minyak sudah panas, tauhu akan terus tutup lapisan luar dan masak sekata tanpa tersangkut.
3. Taburkan sedikit garam
Ini petua lama tapi masih berkesan. Selepas minyak panas, cuba tabur sedikit garam halus dalam minyak dan tunggu seketika. Garam bantu mengurangkan lelehan protein dari tauhu yang biasanya jadi punca ia melekat pada kuali.

4. Gunakan bawang putih.
Goreng beberapa ketul bawang putih dalam minyak sampai garing, kemudian keluarkan. Minyak yang sudah menyerap aroma bawang putih itu akan bertindak sebagai lapisan pelindung. Apabila masukkan tauhu, ia jadi lebih mudah digoreng dan kurang risiko melekat.
5. Masukkan asam gelugur (asam keping).
Selain garam, ada juga yang guna asam keping dalam tips tauhu tak melekat. Masukkan 1 hingga 2 keping dalam minyak panas sebelum goreng tauhu. Bukan saja elak melekat, malah tauhu jadi lebih garing dengan sedikit rasa tambahan yang sedap.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: YouTube Sarahan Channel
Sumber: Petua Dapur Denuanza
Baca juga: Tauhu Rasa Masam Jangan Dibuang, Boleh Sedapkan Semula Dengan Cara Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














