mee kuah daging

Bila hujan turun atau badan terasa sejuk, menu berkuah panas memang jadi pilihan ramai. Salah satu yang sentiasa buat orang terliur ialah Mee Kuah Daging, kuahnya pekat, berempah ringan dan penuh rasa.

Kali ini kami kongsikan resipi Mee Kuah Daging padu perkongsian Norhafidah Nadzri. Rahsia keenakannya terletak pada penggunaan air rebusan daging asli sebagai asas kuah, memang buat rasa luar biasa.

Baca juga: Mee Wantan Sup Ala Restoran Cina, Kuah Jernih Dan Dumpling Lembut Cukup Rasa!

RESIPI MEE KUAH DAGING

mee kuah daging

Bahan-bahan:

  • Daging rebus (air rebusan jangan dibuang)
  • Mee kuning secukupnya
  • Telur secukupnya
  • Udang kering (kisar)
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili kering kisar atau cili boh
  • Kicap
  • Kicap sotong
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • Sos tiram
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

Sayur-sayuran:

  • Sawi
  • Tauge
  • Kubis
  • Tomato (dibelah dua)

Bahan-bahan hiasan:

  • Daun bawang (dihiris)
  • Daun sup (dihiris)
  • Cili merah (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Limau nipis (pilihan)

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.

2. Masukkan udang kering kisar, tumis hingga garing sedikit.

3. Tuangkan air rebusan daging, tambah sedikit air jika perlu.

4. Masukkan semua bahan sos iaitu cili kisar, kicap, kicap sotong, sos cili, sos tomato dan sos tiram.

5. Biarkan kuah mendidih dan sebati.

6. Pecahkan telur, kacau perlahan agar telur berserabut cantik dalam kuah.

7. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.

8. Masukkan sayur-sayuran dan tomato, masak sekejap sahaja supaya sayur kekal rangup.

9. Setelah rasa seimbang, tutup api.

10. Celur mee kuning dalam air mendidih hingga lembut.

11. Toskan dan masukkan ke dalam mangkuk.

12. Curahkan kuah mee bersama daging dan sayur.

13. Taburkan hirisan cili merah, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.

14. Perah limau nipis jika suka untuk rasa lebih segar.

Tips supaya mee kuah daging lagi sedap:

  • Gunakan air rebusan daging asli, jangan ganti dengan air kosong sepenuhnya.
  • Jika suka kuah lebih pekat, boleh tambah sedikit cili boh atau sos tiram.
  • Boleh gantikan daging dengan ayam atau seafood ikut citarasa.
  • Mee kuning jangan terlalu lama dicelur supaya tidak lembik.

Resipi Mee Kuah Daging memang sesuai dijadikan menu keluarga. Jimat dan paling penting, kuahnya cukup rasa. Jangan lupa simpan dan kongsikan resipi ini dengan orang tersayang.

Selamat mencuba!

Sumber: Norhafidah Nadzri

Baca juga: Resepi Mee Rebus Mudah Berkuah Padu, Makan Semangkuk Terus Rasa Puas!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN