
Kalau anda suka makan tauge segar dalam masakan, mesti tahu betapa pentingnya tauge yang bersih. Jangan risau, ada cara bersihkan tauge yang mudah supaya putih bersih, cantik dan sedia untuk dimasak.
Proses nak buang kulit tauge yang hitam memang agak leceh. Tapi selepas gunakan cara mudah ini, anda tak perlu kutip satu-satu kulit tauge yang hitam itu lagi.
Teknik ini bukan saja cepat, tapi juga jimat masa dan sesuai untuk mereka yang sibuk. Selain untuk terus masak, tauge yang sudah bersih boleh disimpan dengan mudah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Cara Cuci Telur Itik Sampai Putih Bersih Dengan Mudah, Tak Perlu Sental Banyak Kali
CARA BERSIHKAN TAUGE DENGAN CEPAT

1. Bilas tauge dengan air bersih untuk hilangkan habuk dan kotoran.
2. Masukkan air secukupnya sehingga tauge tenggelam.
3. Biarkan sebentar, kulit tauge yang berwarna hitam akan terapung ke permukaan.
4. Kaut kulit yang terapung menggunakan penapis atau tangan supaya lebih mudah.

Dengan teknik ringkas ini, korang boleh sediakan hidangan yang lebih menarik dan sihat tanpa buang masa. Tauge yang bersih bukan sahaja nampak cantik, tetapi juga lebih selamat untuk dimakan.
Jika nampak ahli keluarga masih menggunakan cara lama untuk bersihkan tauge, bolehlah ajarkan tips ini kepada mereka. Paling penting, jimat masa dan tenaga di dapur.
Semoga bermanfaat!
Sumber: MYHOMECAFE.MY
Baca juga: Tips Tauge Tahan Lama Dalam Peti Sejuk, Kekal Putih & Rangup Walau Berhari-Hari!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














