daging belengas

Ada masanya, lauk paling ringkaslah yang paling cepat habis di meja makan. Tanpa banyak perencah, Daging Belengas boleh dimasak secara mudah tapi rasanya cukup kena hingga nasi boleh bertambah tanpa sedar.

Resipi Daging Belengas perkongsian Zyda Arshad ini menggunakan daging empuk yang dimasak bersama kicap dan bahan asas dapur, menghasilkan kuah pekat yang harum dan menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Daging Masak Sambal Tumis Pedas Manis, Lauk Ringkas & Rasa Padu Untuk Makan Malam!

RESIPI DAGING BELENGAS

daging belengas

Bahan-bahan:

  • Daging lembu (dipotong sederhana, jangan terlalu nipis)
  • Sedikit air
  • Serbuk kunyit
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili api (sebiji-sebiji, ikut tahap pedas)
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Air rebusan daging
  • Kicap karamel (pilihan)
  • Daun bawang

Cara-cara memasak:

1. Potong daging sederhana tebal. Rebus bersama sedikit air dan serbuk kunyit sehingga daging empuk. Simpan air rebusan.

2. Tumis bawang holland, bawang putih dan cili api sehingga naik bau dan sedikit keperangan.

3. Masukkan daging yang telah direbus ke dalam tumisan.

4. Tambahkan sedikit kicap manis dan kicap masin. Jika ada, masukkan juga kicap karamel untuk warna dan rasa yang lebih padu.

5. Tuang sedikit air rebusan daging supaya kuah lebih berperisa dan sebati.

6. Masukkan daun bawang dan masak hingga kuah pekat dan daging bersalut cantik dengan kicap.

*Nota penting: Resipi ini tidak menggunakan garam dan gula kerana rasa masin dan manis sudah datang sepenuhnya daripada kicap.

Tips tambahan supaya lebih sedap:

  • Gunakan daging bahagian pejal seperti batang pinang.
  • Jangan potong daging terlalu nipis supaya tak hancur.
  • Kicap karamel beri warna cantik dan rasa lebih mendalam.
  • Masak api sederhana supaya kuah tak cepat kering.

Resipi Daging Belengas memang sesuai untuk anda yang mahukan lauk ringkas tapi penuh rasa. Tak perlu banyak perencah, namun hasilnya sangat memuaskan dan menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Zyda Arshad

Baca juga: Cara Masak Daging Dendeng Garing Beraroma, Makan Dengan Nasi Panas Memang Terangkat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN