mee kolok

Jika anda sekeluarga dapat peluang bercuti ke Sarawak, Mee Kolok merupakan salah satu makanan wajib dicuba di sana.

Banyak gerai di sekitar Kuching menjual Mee Kolok ini. Ia biasanya dihidangkan bersama kuah sup dan kicap.

Jom kita cuba resipi Mee Kolok yang dikongsikan oleh Hidayah Syibly di Facebook sempena Hari Gawai ini!

Baca juga: Resipi Mee Kolok Sarawak, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!

RESIPI MEE KOLOK SARAWAK

mee kolok

Bahan-bahan mee:

  • Mee Kolok
  • Cuka (jangan banyak nanti masam)
  • Sos ikan (jangan banyak nanti dia berbau tak best)
  • Serbuk lada putih
  • Minyak bawang putih
  • Sos tiram
  • Kicap

Cara-cara penyediaan mee:

1. Celur mee kolok dalam air mendidih sekejap, bilaskan dalam air sejuk, masukkan semula dalam air mendidih dan toskan.

2. Campurkan cuka, sos ikan, serbuk lada putih, minyak bawang putih, sos tiram, kicap hingga sebati kemudian gaul dengan mee yang telah dicelur, ketepikan dalam satu bekas.

Bahan-bahan sup:

  • 1/2 kg daging lembu
  • Serbuk lada hitam
  • 2 atau 3 kiub pati lembu
  • Rempah 4 beradik (sikit saja, jangan banyak sebab supnya jernih, tak nak rasa rempah menguasai rasa sup)
  • Sup bunjut (tambahan)
  • Bahan perasa
  • Garam, gula
  • Halia (diketuk)

Cara-cara penyediaan sup:

1. Rebus daging hingga empuk.

2. Setelah daging empuk, masukkan cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga, sup bunjut dan halia.

3. Akhir sekali masukkan bahan perasa, garam dan sedikit gula, tutup api. Keluarkan daging, ketepikan.

Cara-cara penyediaan daging:

1. Daging yang telah dikeluarkan dari sup tadi, dipotong nipis-nipis.

2. Gaulkan daging dengan kicap, garam dan serbuk lada hitam.

3. Masukkan sedikit minyak bawang putih ke dalam kuali dan goreng hirisan daging sekejap. Tak nak kering dan keras sangat, nanti liat tak sedap. Jika gorengan terkering, masukkan sedikit sup tadi dan goreng seketika.

4. Ketepikan daging yang telah digoreng untuk dijadikan sebahagian bahan hiasan.

Bahan-bahan cili kicap:

  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Perahan jus limau
  • Kicap
  • Sedikit garam jika guna kicap manis

mee kolok

Cara-cara penyediaan cili kicap:

Kisar semua bahan cili kicap, kemudian ketepikan dalam satu mangkuk.

Bahan-bahan hiasan:

  • Taugeh
  • Sawi celur
  • Fish cake (tambahan)
  • Bawang goreng
  • Hirisan daging
  • Hirisan daun sup dan daun bawang
  • Tomato hiris

Resipi ini dapat beri peluang untuk anda sekeluarga mencuba makanan tradisional di Sarawak. Anda takkan sangka Mee Kolok begitu sedap seperti yang dibayangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Hidayah Syibly

Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN