Selalunya kita buat mee goreng biasa di rumah, jadi kali ini kami kongsikan cara buat Mee Kicap Chinese Style yang cukup terangkat pula. Makan sekali, pasti mengidam lagi.
Mee Kicap merupakan salah satu hidangan popular di restoran makanan Cina. Tapi dengan resipi ini, anda boleh buat sendiri di rumah pada bila-bila masa.
Hafiz MemeySedak telah kongsikan resipi Mee Kicap Chinese Style di Facebook yang sangat mudah. Senang cerita, pemula pun boleh buat dengan sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuah Asam Laksa Chinese Style, Wajib Ada Daun ‘Ini’ Baru Naik Aromanya
Bahan-bahan:
Bahan-bahan untuk sos kicap:
Bahan-bahan untuk minyak bawang putih:
Cara-cara menyediakan sos kicap:
1. Mula-mula, tumis halia bersama kicap pekat, sos tiram, kicap cair dan kicap lemak manis.
2. Selepas itu, campurkan sedikit air.
3. Setelah nampak agak-agak sudah likat, ketepikan terlebih dahulu.
Cara-cara menyediakan minyak bawang putih:
1. Mula-mula, cincang bawang putih sampai halus.
2. Selepas itu, panaskan minyak.
3. Tumis bawang putih sampai kekuningan, kemudian terus tutup api.
Cara-cara menyediakan mee:
1. Mula-mula, masukkan sos kicap yang sudah dibancuh tadi ke dalam bekas.
2. Kemudian, masukkan mee bersama 2 hingga 3 sudu minyak bawang putih serta sedikit minyak bijan.
3. Selepas itu, gaul sampai sebati.
4. Akhir sekali, boleh hidangkan dalam mangkuk dan hias dengan bijan. Siap untuk dinikmati!
Selain mee kuning, anda boleh gunakan mee kering seperti yee mee, mee kolok atau mee segera mengikut selera masing-masing. Tak kisahlah guna mee jenis apa sekalipun, Mee Kicap Chinese Style ini tetap sedap dimakan bersama keluarga di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Hafiz MemeySedak
Baca juga: Kuey Teow Sup Chinese Style, Punyalah Sedap Sampai Hirup Ke Titisan Terakhir
Makanan sahur memainkan peranan penting dalam memastikan tubuh kekal bertenaga sepanjang hari ketika berpuasa. Pemilihan…
Pernah kecoh tentang Tepung Pelita yang mempunyai stapler, jadi ramai takut untuk beli kuih ini.…
Setelah lama menantikan bulan Ramadan, akhirnya bulan mulia ini tiba jua. Apa yang pasti, kurma…
Bulan puasa memang memerlukan tenaga yang cukup untuk seharian berpuasa, kadang-kadang kita akan rasa lemah…
Mee goreng resepi yang dikongsi ini memang tak akan mengecewakan! Setiap suapan pasti buat kita…
Jika anda mempunyai lebihan nasi yang banyak tapi tak sempat nak buat hidangan lauk, kena…