Resipi mayonis homemade ada banyak versi. Ada yang kisar saja, ada yang perlu dimasak. Tetapi ramai kata mayonis yang dimasak lebih sedap dan tiada rasa hanyir.
Siapa penggemar mayonis, kalau makan nugget atau sandwich memang wajib kena ada mayonis ni.
Mudah saja cara membuatnya, hanya perlu menggunakan beberapa bahan iaitu telur, minyak, gula, garam dan cuka atau jus lemon.
1. Dalam pengisar, satukan semua bahan-bahan di atas. Kisar sehingga semuanya sebati dan bertukar menjadi putih.
2. Panaskan kuali menggunakan api yang paling perlahan. Masukkan bahan yang sudah dikisar tadi.
3. Masak seketika dan sentiasa gaul sehingga adunan menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan guna api perlahan supaya tidak hangit.
4. Tutup api. Masukkan semula ke dalam pengisar tadi dan kisar sehingga adunan menjadi benar-benar halus.
5. Simpan di dalam bekas kaca atau bekas yang bersesuaian.
6. Mayonis yang sudah diletakkan dalam bekas perlu disimpan di dalam peti ais. Selamat mencuba!
Kredit: Reen Sofee
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…