masakan termasin

Rupanya ada cara untuk memperbaiki masakan termasin, terpahit atau terpedas dengan hanya menggunakan 1 bahan iaitu kentang. Ia dapat mengurangkan semua rasa yang ‘terlebih’ itu. Biasalah kadang-kadang masakan yang kita masak akan terlebih masin, pedas mahupun pahit bila tersalah agak kuantiti bahan. ‘

Jadi macam mana nak memperbaiki rasa tersebut? Jom ikut tips mudah yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen, seorang Instafamous handal dalam bidang masakan yang tidak asing lagi buat kita semua. Semoga bermanfaat!

Mesti baca: Bukan Semua Minyak Zaitun Sesuai Untuk Masak, Ini Cara Membezakannya

TIPS JIKA MASAKAN TERMASIN, TERPAHIT ATAU TERPEDAS

Saya nak share satu tips yang sangat2 berguna, banyak kali saya apply tips ni pada masakan saya.

Sejak akhir-akhir ini, saya beli cili kering dan cili kering yang saya beli tersangat2 pedas, nak buang cili kisar yang saya buat ni sayang pulak.

Setiap kali saya masak menggunakan cili kisar ni saya kurangkan cili untuk kurangkan pedas.

Tapi kalau saya masak “sambal” mana boleh kurang kan cili, ye dak? Jadi saya campak sebiji kentang (termasuk kulitnya) dalam masakan sambal saya.

Alhamdullillah “kepedasan” sambal saya berjaya dikurangkan at least 50%, so tak dela buasir nanti!

Gambar atas tu setelah Sambal Kerang saya ditos minyak nya! Korang cubalah! 

Nota: Tips letak kentang jugak boleh digunakan jika masakan termasin, terpahitdan segala ‘ter’.

Sumber: Yatie Kitchen

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN