murtabak naik harga

Baru-baru ini, ramai netizen mengeluh melihat martabak naik harga secara mendadak sehingga mereka merasa tidak berbaloi lagi untuk membelinya.

Setiap kali musim Ramadan tiba, gerai Martabak di bazar Ramadan menjadi salah satu pilihan ‘wajib’ orang ramai untuk dibeli sebagai juadah berbuka puasa.

KPDN JELAS SEBAB HARGA MARTABAK NAIK MENDADAK

Mengenai perkara ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) telah memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Baca juga: “Ini Roti Canai Telur Ke?” – Pelanggan Kecewa Murtabak Yang Dibeli Nipis Ibarat ‘Transparent’

Menurut keterangan dari KPDN, kenaikan harga martabak disebabkan oleh kos pengimportan, seperti yang dilaporkan oleh Kosmo.

Timbalan Menteri, Fuziah Salleh, menyatakan bahawa maklumat tersebut diperoleh melalui pemantauan lapangan yang dilakukan oleh pasukan penguatkuasaannya setiap hari.

martabak naik harga

Gambar: Kosmo

Beliau menyatakan bahawa selain daripada bawang India, harga daging import juga mengalami kenaikan dan ini memberi kesan tekanan secara tidak langsung kepada penjual martabak.

“Berhubung dengan isu yang viral mengenai kenaikan harga martabak, ia disebabkan oleh faktor kenaikan harga bawang besar dari India yang diimport.

“Kami memahami bahawa margin keuntungan mereka telah menurun, namun KPDN diberitahu bahawa ada peniaga yang memilih untuk mengekalkan harga walaupun keuntungan yang diperoleh tidak sebesar dahulu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2024 di Presint 14, semalam.

Sebelum ini, banyak netizen meluahkan rasa kekecewaan mereka di media sosial apabila menyedari bahawa harga martabak telah meningkat.

Menurut keterangan netizen, jika dahulu sekeping martabak berharga kurang dari RM5, kini ada peniaga yang menjualnya dengan harga hampir RM10 sekeping.

“Bergantung kepada pembeli untuk menerima kenaikan harga dengan hati yang terbuka. Kami sebagai peniaga tidak mempunyai pilihan. Mohon maaf kepada semua pelanggan,” kata seorang peniaga martabak di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kepada Berita Harian.

Selain martabak, beberapa makanan lain juga mengalami kenaikan harga, menyebabkan ramai netizen berhasrat untuk memboikot bazar Ramadan pada tahun ini.

Sumber: Berita Harian, Kosmo

Baca juga: Cara Nak Tahu Kedai Mamak Muslim Atau Tidak, Semak 6 Ciri Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN