Suasana di Malaysia kini sedang meriah dengan sambutan Tahun Baru Cina. Pada masa yang sama, anda boleh nikmati makanan tradisional Cina yang halal dan selamat dimakan.
Malaysia terkenal sebagai negara berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Paling menarik, inilah antara tarikan untuk pelancong datang ke Malaysia.
Apabila berbilang kaum, sudah tentu ada pelbagai makanan tradisional. Bukan senang nak jumpa sebab hanya boleh nikmatinya di Malaysia terutama makanan tradisional Cina.
Berikut merupakan antara makanan tradisional Cina yang popular di Malaysia. Paling penting, ia boleh dibuat dalam versi halal tau. Jom kita tengok senarainya!
Baca juga: Jenama Bihun Terbaik Yang Orang Malaysia Suka, 10 Senarai Ini Tak Pernah Mengecewakan
1. Dim Sum
Dim sum adalah makanan yang boleh dibuat secara kukus, digoreng atau dibakar. Ia tak pedas serta dinikmati bersama sos cili dan sos manis yang biasanya dimakan untuk sarapan.
2. Yee Sang
Yee Sang dihidangkan dalam bentuk hirisan sayur-sayuran dengan pelbagai jenis dan warna di atas pinggan besar dan lebar. Potongan ikan seperti salmon segar juga turut disertakan.
3. Kuih Bulan
Kuih Bulan berbentuk bulat dan direka dengan cantik sebagai corak bersama pelbagai inti seperti pes biji teratai, kacang merah, teh hijau, kuning telur masin dan sebagainya.
4. Kuih Bakul
Kuih Bakul hampir serupa dengan dodol, namun teksturnya lebih kenyal. Proses untuk membuatnya memakan masa sehingga 3 hari bagi mendapatkan rasa yang sempurna.
5. Bak Chang
Bak Chang adalah sejenis makanan tradisional Cina yang dibungkus dengan daun khas. Ia dibuat dengan menggunakan beras pulut dan kacang merah sebagai intinya.
6. Chang Shou Mian
Chang Shou Mian adalah mi telur Kantonis yang dibuat daripada tepung gandum dan paling nipis. Antara ciri uniknya ialah warna kuning keemasan dan teksturnya yang sedikit kenyal.
7. Char Kuey Teow
Char Kuey Teow adalah hidangan paling popular yang sering dipesan di kedai makan. Ia biasanya dimasak bersama telur, kerang dan udang yang segar.
8. Ding Bian Hu
Ding Bian Hu serupa dengan bubur nasi dan juga disebut sebagai bubur cendawan. Bubur ini akan direbus dan diubah menjadi bubur berkuah daripada sup makanan laut.
9. Tang Yuan
Tang Yuan adalah pencuci mulut yang berbentuk bebola kecil dibuat daripada tepung beras. Ia dihidangkan dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis.
10. Dumpling
Dumpling dibuat daripada tepung gandum dan dimasak secara goreng atau kukus. Biasanya, ia diisi dengan udang segar dan sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan dan herba.
11. Tau Fu Fah
Tau Fu Fah sangat mudah dijumpai di pasar malam. Dibuat daripada tauhu yang sangat lembut, ia sedap dimakan dengan gula merah secara sejuk atau panas.
12. Chee Cheong Fun
Chee Cheong Fun adalah gulungan tepung nipis dibuat dengan mi beras. Ia disajikan dengan udang, daging dan sayur-sayuran serta sedap dimakan bersama kicap.
13. Mantou
Mantou dikenali sebagai roti kukus yang sangat lembut dan cukup popular di Malaysia. Ia sama kategori dengan pau, cuma bentuknya dalam segi empat dan tiada inti di dalamnya.
Semua makanan tradisional Cina ini dapat diterima oleh seluruh masyarakat. Jadi, tak hairanlah ia menjadi antara makanan yang popular di Malaysia.
Semoga bermanfaat!
Sumber: PD Taman Belibis, Simpang Ampat, Pulau Pinang
Baca juga: Jenis-Jenis Telur Ayam Popular Di Malaysia, Yang ‘Last’ Tu Selalu Pakai Buat Masak!
Mungkin ada yang belum pernah mencuba ikan tenggiri masak cuka ini. Tapi percayalah, hidangan ini…
Resipi jeruk nenas yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini memang unik dan lain dari…
Resepi kentang goreng cheese 'viral' ini sangat mudah untuk dicuba sendiri di rumah dan bahan-bahannya…
Alangkah sedapnya dapat makan kuih goreng pada waktu sarapan dan minum petang di rumah. Oleh…
Jika anda sedang mencari resepi sambal belacan sedap, entri kali ini memang untuk anda. Cara…
Kalau pergi ke pasar malam memang tak sah jika tak beli jagung cup. Sebenarnya, resepi…