Ramai antara kita suka kupas kulit sayur-sayuran sebelum makan. Tapi, sebenarnya ada jenis jenis sayur sayuran yang lebih baik dimakan dengan kulitnya kerana ia penuh dengan khasiat.
Kulit sayuran ini mengandungi banyak nutrien, serat dan bahan semula jadi yang memberi banyak manfaat kepada tubuh. Jadi, penting untuk kita tahu apakah jenis sayuran tersebut yang sebaiknya tidak dikupas supaya kita dapat manfaat sepenuhnya.
Baca juga: Jenis-Jenis Ikan Yang Sedap & Sesuai Dijadikan Gulai, No. 7 Paling Ramai Suka!
Berikut adalah jenis sayur-sayuran yang tidak digalakkan untuk dikupas beserta sebab-sebabnya:
1. Terung
Kulit terung mengandungi bahan yang dapat membantu mengekalkan keremajaan si pemakannya.
2. Ubi Kentang
Kulit ubi kentang dipercayai dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Selain itu, ia mengandungi banyak serat yang baik untuk pencernaan.
3. Lobak putih
Kulit lobak putih mengandungi banyak kalsium, magnesium, serat, dan vitamin B yang penting untuk kesihatan tulang dan sistem pencernaan.
4. Timun
Kulit timun membantu membuang toksin dari dalam badan. Ia juga kaya dengan air, yang penting untuk memastikan badan kita sentiasa hidrat dan seimbang.
5. Lobak merah
Kulit lobak merah mengandungi bahan semulajadi yang mempunyai sifat antibakteria, yang membantu melawan bakteria jahat dalam badan.
Sumber: Pn Syuhaida via Liyana Manan
Baca juga: 8 Jenis Buah Sesuai Letak Dalam Bekal, Yang Lain Boleh Cepat Rosak!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…