Hujung tahun ini pasti ramai yang pakat untuk pergi cuti bersama keluarga atau geng travel. Oleh itu, anda perlu bawa beberapa makanan instant travel yang mudah dan cepat dimasak.
Nak pergi bercuti ke negara orang, perlu berhati-hati dengan makanan di sana kerana dikhuatiri tentang halalnya. Jadi, kami cadangkan anda bawa sendiri makanan dari Malaysia.
Jika merancang untuk bercuti nanti, anda boleh pilih untuk bawa beberapa makanan instant ketika travel supaya lebih jimat dan dijamin selamat. Jom kita tengok senarainya!
Baca juga: 10 Kedai Makan Viral Di Malaysia Sebab Cantik, Sesuai Untuk ‘Nature Lover’
1. Pek makanan travel
Jika nak bawa makanan cepat dan mudah disediakan, pek makanan travel adalah pilihan tepat kerana sudah ada panduan memasak pada pek dan boleh dimakan pada bila-bila masa.
2. Bubur instant
Pilihan terbaik untuk mengenyangkan perut ialah bubur instant. Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh menikmatinya.
3. Mi segera
Paling mudah bawa mi segera dalam bentuk cawan kerana sudah ada garfu di dalamnya. Selain iyu, ia juga boleh dijadikan sebagai cawan pelbagai guna sewaktu travel.
4. Serunding
Serunding seperti ayam, daging dan ikan bilis sesuai sebagai hidangan sampingan. Rasa manis dan pedas sangat membangkitkan selera untuk makan bersama bubur, nasi dan roti.
5. Makanan dalam tin
Jika travel lebih daripada tiga orang, makanan dalam tin adalah pilihan terbaik untuk dibawa. Selain sardin dan sotong tin, ada juga makanan dalam tin yang berbentuk lauk-pauk.
6. Roti
Salah satu makanan ketika travel yang boleh dijadikan sebagai alas perut. Jika bawa roti dari Malaysia, sekurang-kurangnya lebih yakin untuk makan kerana dijamin halal.
7. Minuman 3 in 1
Jika ke tempat bermusim sejuk, bawalah minuman 3 in 1 untuk panaskan badan. Lebih-lebih lagi, dapat jimatkan duit daripada beli air kopi di luar negara yang lebih mahal.
8. Snek
Apabila travel di luar negara, pasti penat berjalan. Setelah pulang ke tempat penginapan, boleh makan snek seperti energy bar, coklat dan biskut untuk memulihkan tenaga.
9. Sos cili, kicap dan sambal
Kami jamin anda takkan menyesal jika bawa sos cili, kicap dan sambal ketika travel. Tapi lebih baik bawa dalam botol kecil atau paling mudah, bawa seperti paket saiz kecil saja.
Kami harap perkongsian tentang makanan instant ketika travel ini dapat membantu anda supaya lebih berjimat dalam percutian yang bermakna bersama orang tersayang.
Selamat bercuti semua!
Sumber: ikhlas.com
Baca juga: 10 Makanan Menarik Di Floating Market Hatyai, Dah Sampai Sana Wajib Cuba!
Pokok daun kesum menjadi pelengkap rasa dalam pelbagai hidangan, sememangnya cukup penting dalam masakan Melayu…
Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini.…
Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di…
Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa…
Buat anda yang tak berpeluang ke Thailand tapi teringin makan Laksa Siam yang sedap dan…
Sup sayur campur adalah hidangan yang bukan sahaja menyihatkan, tetapi juga sangat lazat dan sesuai…