Categories: Resipi

Kreatifnya Resepi Kuih Lopes Batik Ini, Cantik Dan Sedap Seperti Yang Asli!

Sesiapa yang meminati kuih tradisional pasti kagum dengan hasil daripada resepi Kuih Lopes Batik ini. Bukan saja cantik hasilnya, malah sedapnya sama seperti yang asli dimakan.

Kuih Lopes merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dikukus dalam kukusan. Setelah sejuk, ia dipotong dan digaul dengan kelapa parut kering.

Kami terjumpa resepi Kuih Lopes Batik yang dikongsikan oleh Mawar Wilsa di Facebook yang sangat kreatif dan lazat. Jom kita cuba!

Baca juga: Guna Periuk Nasi Pun Boleh Buat Kuih Seri Muka Simple, Tak Sangka Mudah Caranya

RESEPI KUIH LOPES BATIK

Bahan A (pulut hitam):

  • 1 cawan pulut hitam
  • Air secukupnya (untuk merendam pulut hitam)

Bahan B (kuih lopes):

  • 2 cawan beras pulut putih (saya guna pulut susu)
  • 2 cawan santan cair
  • ½ cawan air pandan (kisar 3 helai daun pandan bersama air)
  • 1 sudu kecil air kapur
  • ½ sudu kecil garam
  • Beberapa titis pewarna hijau
  • Air secukupnya (untuk merendam pulut)

Bahan C (kelapa parut):

  • 1 biji kelapa parut
  • Garam secukup rasa

Bahan D (air gula Melaka):

  • 3 ketul gula melaka (potong kecil-kecil)
  • ½ cawan gula merah
  • Gula pasir (ikut citarasa)
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit tepung jagung larutkan dengan sedikit air (untuk pekatkan air gula, pilihan jika suka)

Bahan E (kuah santan pekat):

  • 3 cawan santan
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara menyediakan bahan A:

1. Cuci pulut hitam dan rendam selama 3 jam.

2. Cuci bersih dan toskan. Rebus pulut hitam sehingga empuk.

3. Apabila sudah empuk, cuci pulut hitam dengan cara lalukan di air paip dan tapiskan. Biarkan sebentar.

Cara-cara menyediakan bahan B:

1. Cuci dan rendam pulut putih selama 1 jam bersama air secukupnya. Masukkan juga air kapur, garam dan pewarna hijau.

2. Toskan pulut putih dan masukkan ke dalam loyang 10×10″ yang telah dialas plastik. Masukkan santan cair dan air daun pandan. Gaul sebati dan kukus pulut putih selama 30 minit.

3. Apabila pulut masak, campurkan pulut hitam yang direbus tadi dan gaul rata. Kukus lagi selama 20 minit.

4. Angkat loyang dari periuk kukusan dan alas atas permukaan pulut dengan plastik atau daun pisang, tekan-tekankan pulut supaya padat.

5. Biarkan sejuk baru dipotong ikut bentuk yang disukai (saya sejukkan dan tindih dengan benda berat supaya pulut padat).

Cara-cara menyediakan bahan C:

1. Campur kelapa parut dan garam.

2. Gaul rata dan golekkan kuih lopes batik ke dalam kelapa parut.

Cara-cara menyediakan bahan D:

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga larut semua gula.

2. Masukkan larutan tepung jagung untuk memekatkan air gula melaka (jika tak suka boleh skip tepung jagung).

3. Tapiskan dan sejukkan.

Cara-cara menyediakan bahan E:

1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.

2. Masak di atas api sederhana sehingga kuah santan masak dan agak pekat.

3. Sejukkan dan boleh dimakan bersama kuih lopes batik tadi. Siap untuk dinikmati!

Jika lebih suka makan kuih yang berderai dan tak terlalu padat, letak 2 cawan air saja pada pulut putih. Maksudnya, 1½ cawan santan cair dan ½ cawan air pandan dalam resepi Kuih Lopes Batik ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Mawar Wilsa

Baca juga: Kuih Apam Puri Inti Kastard, Setiap Gigitan Rasa Lembut Berkrim Yang Puas!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

1 hour ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

1 hour ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago