Categories: Resipi

Resipi Kuih Puteri Ayu Gebu Gebas, ‘First Time’ Buat Pun Pasti Menjadi

Resipi puteri ayu kuih tradisional ini adalah salah satu pencuci mulut tradisional yang terkenal di Malaysia. Dengan warna hijau yang menarik dan tekstur yang lembut, kuih ini sering menjadi pilihan di majlis-majlis istimewa dan juga sebagai hidangan petang.

Kuih ini juga mudah disediakan kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas, tetapi hasilnya sangat memuaskan dengan rasa manis, lemak dan sedikit kelapa parut yang menambah kesedapan. Mari cuba resipi Puteri Ayu yang pasti akan memikat selera ini.

Baca juga: Resipi Kuih Cara Manis Inti Gula Merah, Bila Gigit Terasa Lemak Manisnya!

RESEPI PUTERI AYU KUIH TRADISIONAL

Bahan A:

  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil pewarna hijau
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 1 titik pewarna kuning (optional, untuk warna lebih cantik)

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan santan

Cara-cara:

  1. Masukkan gula, telur, ovalette, pewarna hija, dan perisa pandan ke dalam blender atau mixer.
  2. Tambahkan setitik pewarna kuning untuk hasilkan warna hijau yang lebih terang dan menarik.
  3. Selepas adunan kembang, masukkan tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Masukkan juga santan dan kaup balik adunan hingga sebati.
  4. Sapukan acuan dengan minyak supaya tidak melekat.
  5. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit tepung ubi dan garam. Tekan kelapa dalam acuan supaya padat dan rata.
  6. Masukkan adunan kuih ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat tadi.
  7. Kukus selama 10 minit di dalam pengukus yang sudah mendidih.
  8. Setelah masak, keluarkan kuih dari kukusan dan biarkan sejuk sedikit sebelum keluarkan dari acuab,
  9. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Eiyda Owh Eiyda

Baca juga: Cara Buat Kuih Nona Manis Sedap Berlemak, Licin & Cantik Bila Keluar Dari Acuan

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

60 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

1 hour ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

1 hour ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago