Kebiasaannya orang jarang buat kek pandan letak santan. Tetapi sebenarnya santan itu lah yang menyebabkan kek tersebut menjadi gebu dah lebih berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti di Facebook.
myResipi
Nusantara
Medium
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kebiasaannya orang jarang buat kek pandan letak santan. Tetapi sebenarnya santan itu lah yang menyebabkan kek tersebut menjadi gebu dah lebih berlemak. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Siti di Facebook.
5 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
200 ml santan
2 sdb susu pekat
1 sdb serbuk penaik
1 sdb ovalette
Emulco pandan
Pewarna hijau
Kredit : Siti
Putar telur dan gula sampai kembang.
Masukkan susu, ovalette dan putar lagi sehingga adunan kembang dan menjadi gebu.
Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik dan masuk sedikit demi sedikit. Kalau nak kaup balik pun boleh.
Akhir sekali masukkan santan dan emulco pandan, pewarna hijau dan sebatikan.
Letak adunan di dalam loyang size 8×8. Panaskan oven 5-10 minit, bakar pada suhu 160 selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…