Bila masuk saja bulan Ramadan, kita pasti akan mula memikirkan kuih raya apa mahu dibuat sebagai juadah pada Hari Raya Aidilfiti nanti. Salah satu resipi kuih raya yang sering menjadi carian orang ramai setiap tahun adalah resipi semperit legend.
Seorang pengguna laman sosial Facebook, Muhammad Ali ada berkongsikan cara buat kuih raya semperit yang merupakan resipi dari ibunya. Resipi ini juga telah digunakan untuk jualan selama lebih 13 tahun.
Jom lihat cara lengkap membuatnya di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Biskut Cepat Lemau? Ini 9 Petua Supaya Kuih Raya Anda Tahan Lama & Kekal Sedap
RESIPI SEMPERIT LEGEND LEBIH 14 TAHUN
Bahan-bahan:
- 250gm buttercup
- 400 gm tepung jagung
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/4 cawan gula aising
- 1/2 cawan tepung cap rose merah (kalau tiada, pakai tepung biasa)
- 3 sudu besar tepung ubi
- Sedikit esen vanilla
Cara-cara:
1. Satukan susu dan butter, kacau dengan senduk atau whisk sehingga sebati sahaja, jangan terlalu lama.
2. Masukkan semua tepung dan uli doh dengan sebati.
3. Ambil sedikit doh, letakkan pewarna mengikut kesukaan masing-masing.
4. Ambil sedikit doh warna asli dan yang ada warna, satukan dan uli seperti dalam gambar di bawah.
5. Tekan dalam acuan dan hiaskan. (rujuk gambar di bawah)
6. Biarkan setengah jam sebelum dibakar supaya bunga tak jatuh.
7. Bakar dalam oven pada suhu 150℃ selama 30 minit. Satu adunan ini boleh dapat 100 biji.
Selamat mencuba!
Kredit: Muhammad Ali