teh tarik

Apa rahsia teh tarik sedap ya? Kalau buat sendiri, mesti tak berapa jadi macam dekat kedai buatkan? Bila order dekat kedai, mesti dah terngiang-ngiang buih yang penuh kat atas dan merasai keenakkan berlemak itu.

Dari kecil hinggalah dewasa, air teh tarik pasti menambat selera. Lebih-lebih lagi bila lepak di kedai mamak, boleh duduk berjam-jam lamanya sambil menghirup air ini.

Tapi kenapa teh tarik yang dibuat oleh kita tak sama dengan yang dihidangkan di kedai mamak atau dijual oleh penjaja.

Dapat pula hirup masa badan tengah sejuk. syahdu beb! Sebenarnya kan korang, ada ‘rahsia” di sebalik rasanya yang berlemak padu macam tu.

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat Teh Pakistan ‘Original’ Dari Pakistan, Rasa Memang Sedap Kaw Kaw!

Penulis pun terkejut juga bila dapat tahu satu bahan rahsia yang selalu digunakan oleh pembuat air

Lelaki ini kongsi videonya di TikTok cara membuat air ini untuk korang cuba buat juga di rumah. Confirm rasanya kaw-kaw bak ang!

INI RAHSIA TEH TARIK SEDAP

EH TAMBAH GARAM?

Macam tak percaya je ini satu bahan rahsia yang buat air ini padu.

Ingatkan mitos, rupanya betul. Rata-rata warganet juga setuju dengan perkongsian dari lelaki tersebut.

rahsia teh tarik

Apa lagi, boleh lah kita bereksperimen di dapur. Silap hari bulan, korang dah boleh buka kedai minuman pula. huhu

Selamat mencuba!


Sumber: TikTok Muhammad Danial Alimin

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN