perkakas dapur

Trend yang menjadi kegilaan sekarang ialah apabila keluarnya perkakas dapur yang cantik dan murah dijual di pasaran. Tumbuh bak cendawan, boleh rambang mata dibuatnya.

Kadang beli tak ada kepentingan pun, tapi sebab cantik. Dalam hal ini, pengguna perlu lebih peka tentang bahan asas yang digunakan.

Baca juga: 36 Barang Dapur ‘Wajib’ Ada Untuk Stok Sebulan, Boleh Berjimat Guna Cara Ini

Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim, komponen perkakas yang bercampur dengan komponen makanan berpotensi menghasilkan tindak balas kimia.

Berikut antara perkongsiannya.


KOMPILASI SOAL JAWAB PERKAKAS DAPUR

Mengapakah set perkakas viral bahaya digunakan?

Sesetengah orang tidak kisah, asalkan cantik, murah dan mudah digunakan. Kerana ada potensi tindak balas kimia antara komponen perkakas itu dengan komponen makanan kita. Terutamanya makanan yang panas, berminyak dan bersifat asidik (atau masam).

Ada yang mungkin kurang faham tentang penggunaan kuali non-stick – selamatkah kuali non-stick digunakan jika terdapat calar?

Selamat. Cuma fungsi non-stick nya akan berkurangan dan mungkin lebih melekatkan makanan pada bahagian yang calar. Selaput non-stick ini diperbuat daripada bahan kimia polimer yang dikenali dengan polytetrafluoroethylene (PTFE).

Ia adalah molekul yang besar, tiada tindak balas kimia dalam sistem penghadaman yang mampu menguraikannya. Maka badan tidak akan serap dan hanya dibuang bersama dengan najis.

Ada juga yang mengaitkan selaput ini dengan kanser. Sebenarnya bahan kimia yang dimaksudkan ialah perfluorooctanoic acid (PFOA) yang digunakan dalam pembuatan selaput ini. Namun hasil rawatan suhu akhir terhadap selaput non-stick ini memastikan bahan kimia PFOA ini telah termusnah dek haba.

Isu PFOA adalah lebih kepada keselamatan pekerja dalam industri ini yang terdedah secara terus dan bukan di dalam non-stick layer ini. Atas desakan, maka, sejak tahun 2015 ia tidak lagi digunakan dalam pembuatan selaput non-stick.

Selain daripada selaput PTFE, terdapat juga pilihan peralatan memasak non-stick lain seperti seramik, enamel, silicon dan graniteware (porcelain enamel).

Paling penting ambil tahu penjagaan peralatan memasak non-stick:

  • Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi panas (walaupun bunyi tindak balas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
  • Elakkan mencuci di dalam dish washer atau menggunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ia akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
  • Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!

Apakah kandungan yang terdapat dalam pinggan mangkuk bercorak viral yang menyebabkan ia bahaya untuk digunakan?

Pinggan mangkuk bercorak dan berwarna-warni ini dikaitkan dengan bahan kimia plumbum (a.k.a lead). Ia digunakan pada perkakasan seramik sebagai hiasan (pewarna terang) dan selaput lutsinar supaya pinggan nampak cantik. Bahan kimia ini ada potensi leak jika dimasukkan makanan panas, makanan disimpan lama atau makanan berasid (yang masam).


Cara Betul Bersihkan Kuali dan Papan Pemotong

Bagi yang sudah scrub, boleh bentuk semula selaput ini dengan merebus air kosong beberapa kali dalam bekas memasak ini sehingga lingkaran terbentuk di dalam.

Papan pemotong boleh dibersihkan dengan larutan peluntur (Clorox). Namun berhati-hati semasa pengendalian. Pastikan pengudaraan baik (tempat terbuka atau ada tingkap) agar gas klorin yang terhasil tidak mengurangkan kualiti udara disekeliling kita. Ada yang risau saki baki cecair peluntur tertinggal pada papan pemotong.

Pastikan cuci, bahan kimia aktif dalam cecair peluntur Clorox ini mudah larut air dan meruap. Cara untuk pastikan kesemua cecair peluntur telah tiada pada permukaan papan pemotong ialah tiada lagi bau klorin yang dapat dihidu.


Tips dalam memilih perkakas dapur yang diyakini kualitinya?

Pilih daripada pengeluar, pengedar dan penjual yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Gunakan peralatan ini dengan cara betul sesuai dengan tujuan dan fungsinya.

Jangan jadi terlalu kreatif contoh plastik yang digunakan untuk tahan suhu rendah dijadikan bekas memasak lemang pula. Selebihnya bergantung kepada keperluan, tujuan dan kemampuan poket masing-masing.

Sesetengah orang tidak mengetahui kesan atas penggunaan perkakas dapur dan membelinya atas sebab cantik dan murah – bagaimana cara untuk mendidik golongan ini supaya selidik terlebih dahulu bahan perkakas.

Rajinkan membaca dan mengambil tahu tentang perkakas dapur ini. Jangan ikut trend viral saja. Ini adalah benda yang penting kerana segala masakan akan masuk dalam badan kita, anak-anak. Dan makan itu adalah asas kepada pembentukan badan dan minda yang sihat.


Sumber: Dr Fatimah Salim

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN