laksa ikan sardin

Resipi laksa ikan sardin ini rasanya seakan-akan asam laksa tetapi lagi sedap dan sangat senang untuk dibuat. Bahan utamanya adalah ikan sardin.

Kalau ada tin sardin lebih, marilah cuba membuat resipi ini. Bosan juga kalau asyik buat roti sardin atau gulai, kan? Kuahnya sangat ngam dengan rasa pedas-pedas masam.

Jom baca perkongsian resipi di bawah.

Baca juga: Resipi Brownies Kedut, Ada Cara Untuk Dapatkan Kedutan Yang Cantik

RESIPI LAKSA IKAN SARDIN

Bahan-Bahan:

  • 1 tin ikan sardin (buang sosnya)
  • 1 peket pes asam pedas
  • 1 keping nenas masak ranum
  • Sedikit belacan (dibakar terlebih dahulu)
  • Bawang merah
  • Lada kering (jika tidak suka pedas, boleh abaikan)
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Asam keping
  • Bebola ikan
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-cara:

1. Blender ikan sardin, pes asam pedas, nenas, belacan, bawang merah, dan lada kering sehingga halus.

laksa ikan sardin

2. Masukkan bahan yang telah diblender ke dalam periuk.

3. Tambah air mengikut kepekatan yang diinginkan.

4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, dan asam keping.

5. Biarkan kuah mendidih.

laksa ikan sardin

6. Masukkan bebola ikan, garam, dan serbuk perasa secukup rasa.

7. Setelah kuah mendidih dan rasa sudah sebati, angkat dan hidangkan.

8. Sajikan bersama ulam-ulaman mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber: Noriza Awang Hamat

Baca juga: Resipi Hot Chocolate Yang Kaw & Pekat, Ada 2 Bahan Ini Dah Cukup!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN