kulit telur

Biasanya lepas guna telur, kulit dia akan terus buang kan? Selepas ini jangan buang lagi, kulit telur boleh dibuat ubat untuk menghalau segala benda merayap sekitar rumah seperti lipas, semut, lipat, anai-anai, tikus, ular dan seangkatannya.

Petua ini telah dikongsikan oleh Abel Lione Karia di laman sosial Facebook. Menurutnya, selepas menggunakan petua ini, semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur pun sudah tiada.

Jom lihat perkongsian di bawah. Semoga bermanfaat!

Petua Halau Segala Benda Merayap Sekitar Rumah Guna Kulit Telur

Syukur Alhamdulilah. Harini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya mengunakan kulit telur. Kita banyak gunakan telur kan?? Tapi terus buang kulitnya. Ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk dijadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai2, tikus dan ular serta yg sewaktu dengannya.

Saya dah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur dh tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur. Silakn share jika bermanfaat. Saya dapat info ni pun dari google.

Cara-caranya:

1. Cuci bersih telur yang sudah digunakan, kemudian jemur.

2. Kemudian ditumbuk halus.

3. Simpan dalam botol untuk djadikan stok racun kepada perosak di sekitar rumah nanti.

Kredit: Abel Lione Karia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN