Categories: Resepi

Kulit Karipap Daun Sup, Memang Harum Dan Sedap Teksturnya

Mesti ramai sangat dengan penggemar karipap kentang kan? Jom cuba buar Kulit Karipap Daun Sup pula. Nampak unik dan harum teskturnya.

Karipap merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat disukai ramai. Intinya boleh dipelbagaikan. Begitu juga dengan tekstur kulitnya.

Karipap antara kuih yang sering kali kita temui dijual dimana-mana gerai tepi jalan. Tak kira waktu pagi ataupun petang. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja dan seringkali dihidangkan bila ada majlis kenduri atau rumah terbuka.

Baca juga: Karipap Transparent, Terang Lagi Bersuluh Nampak Isi Dalam, Resipi Viral Wajib Cuba! 

Karipap yang sedap sudah tentu mempunya tekstur kulit yang rangup dan inti yang padu dan secukup rasa.

Resipi Kulit Karipap Daun Sup ini telah dikongsikan sendiri oleh Tie Watiez menerusi laman Facebook dan meraih sebanyak 4.2k shares tau! Memang nampak menarik kejadiannya.


RESIPI KULIT KARIPAP DAUN SUP

Karipap cara saya, kulitnya kita letak daun sup. Inti kentang pula tak potong dadu dan direbus kentang sebiji-sebiji. Kemudian, lenyek pecah kasar, kemudian tumis rempah dan gaul

Bahan kulit karipap:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1sdk garam
  • 1 senduk daun sup – dicincang
  • 2sdb marjerin
  • 2sdb minyak masak
  • Air secukup nya

Cara membuat kulit karipap:

1. Panaskan marjerin dan minyak dan tunggu ia suam.

2. Gaul ke semua bahan dan ramas-ramaskan ia bagi berderai. 

3. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga ia menjadi doh.

4. Lepas jadi doh, perap ia sementara di dalam bekas bertutup kira-kira 10 minit dan boleh mula buat karipap.


Bahan inti karipap:

  • 7 biji kentang – direbus sebiji-sebiji
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 sekawan rempah – buah pelaga, cengkih, bunga lawang, kayu manis
  • 2sdb rempah kari
  • 1 biji kiub pati daging – optional
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Cara membuat inti karipap:

1. Rebus kentang hingga empuk. Toskan, dan tumbuk secara kasar. Ketepikan.

2. Kemudian, tumis pula 4 sekawan rempah, bawang merah, bawang putih, dan halia.

3. Lepas dah naik bau, masukkan pula rempah kari dan air. 

4. Tunggu sehingga ia pecah minyak kira-kira 5 minit. Perlahankan api.

5. Selepas pecah minyak, masukkan garam dan kiub pati.

6. Bila rempah dah masak, tutup api dan buang 4 sekawan sebab taknak tergigit.

7. Masukkan kentang yang sudah ditumbuk kasar tadi dan gaul bagi sekata. Akhir sekali taburkan daun sup yang sudah dicincang. 

8. Dah boleh membuat acuan karipap hingga habis. Boleh terus goreng atau simpan sebagai frozen. Siap!


Siap pun kulit karipap daun sup kita. Tip tak nak karipap yang difrozenkan tu melekat lekat dalam peti, mesti digoreng separuh masak dulu atau dimasak dalam oven sekejap. Sejukkan barulah simpan dalam peti ais bahagian beku.

Tips untuk karipap tidak menjadi keras pula doh yang sudah diperap mestilah diletak didalam bekas yang bertutup supaya tidak masuk angin. Bila masuk angin doh tak mengembang dengan cantik, hasilnya karipap menjadi keras.

Semoga bermanfaat! 

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

14 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

18 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

20 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

20 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

21 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

21 hours ago