Categories: Resipi

Resipi Kuih Tepung Gomak Pandan, Ini Rahsia Kalau Nak Lembut & Kenyal Elok!

Resepi kuih tepung gomak pandan ini memang wajib dicuba oleh peminat kuih tradisional. Teksturnya cukup lembut, kenyal dan berinti kelapa manis yang manis berlemak.

Kalau selalu buat kuih tepung gomak tapi hasilnya keras atau cepat liat, anda kena cuba cara ini pula. Dijamin kuih akan lembut elok sampai ke petang.

Oleh itu, jika ada nak cuba buat sendiri untuk minum petang bersama keluarga, boleh ikut langkah-langkah yang kami kongsikan di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kuih Lapis Pelangi Guna Acuan Puteri Ayu, Lembut & Comel Sangat Hasilnya!

RESEPI KUIH TEPUNG GOMAK PANDAN

Bahan-bahan:

  • 1 biji ubi keledek oren (buang kulit, rebus hingga empuk)
  • ½ bungkus tepung pulut
  • ½ sudu kecil garam
  • Perisa pandan
  • Sedikit pewarna hijau (jika suka)
  • Air secukupnya (jangan terlalu banyak, takut doh terlalu lembik)

Cara-cara:

  1. Lenyek ubi keledek yang telah direbus tadi hingga halus.
  2. Campurkan ubi lenyek dengan tepung pulut, perisa pandan dan sedikit pewarna hijau.
  3. Uli hingga semua bahan sebati dan doh tak melekat di tangan.
  4. Ambil doh dan bentukkan bulat-bulat, kemudian masukkan inti kelapa (nyok) di tengah.
  5. Rebus bebola doh dalam air mendidih, sama macam buat kuih onde-onde.
  6. Bila kuih timbul di permukaan air, angkat dan toskan.
  7. Sangai tepung beras atas api perlahan hingga kekuningan dan wangi, kemudian biarkan sejuk sekejap.
  8. Salutkan kuih dengan tepung beras sangai. Leperkan sedikit kuih selepas disalut.

Sumber: Nurul Awatif

Baca juga: Rahsia Buat Kuih Tiram Yang Rangup & Berlapis Cantik, Sebalang Memang Tak Cukup!

Wan N

Recent Posts

Resipi Kerang Masak Serai, Bau Tumisan Halia & Bawang Putih Naikkan Selera Makan!

Kerang masak serai antara hidangan yang boleh dicuba kalau suka lauk berasaskan makanan laut. Gabungan…

2 hours ago

Muruku Rangup Dan Tak Mudah Lemau, Ini 5 Tip Penting Yang Ramai Tak Tahu!

Muruku rangup antara kudapan yang cukup digemari ramai, lebih-lebih lagi apabila dinikmati bersama secawan teh…

4 hours ago

Biskut Red Pearl Pernah Dijual RM22 Sebalang, Ini Resipi Legend Yang Mudah Dibuat!

Biskut red pearl merupakan antara biskut raya klasik yang masih menarik untuk dicuba. Gabungan cornflakes,…

5 hours ago

Colek Jemput Malas Guna 1kg Tepung Gandum, Wanita Ini Kongsi Resipi Mudah Dan Jimat!

Ada banyak sayur di rumah tetapi buntu nak sediakan hidangan untuk minum petang? Apa kata…

6 hours ago

Cara Mudah Buat Cream Puff Inti Kastard, Saiz Kecil Molek Senang Nak Ngap!

Resepi cream puff custard ini memang sesuai dicuba kalau suka makan pastri kecil yang mudah…

6 hours ago

Resipi Muruku Mentega Yang Rangup Berlemak, Makan Segulung Gerenti Tak Cukup!

Butter murukku atau muruku mentega merupakan antara kudapan tradisional India yang cukup digemari kerana teksturnya…

6 hours ago