resepi roti jala lembut

Kalau dah biasa buat roti jala kuning, apa kata sekali-sekala tukar selera dengan mencuba resepi roti jala lembut versi perisa pandan yang wangi ini.

Memang sedap dinikmati sebagai hidangan sarapan atau minum petang. Sekali rasa, pasti nak lagi. Jom lihat resipi penuh di bawah bagi yang ingin mencuba.

Baca juga: Cara Buat Roti Jala Coklat Yang Lembut & Kurang Manis, Siap Ada Sos Cicah!

RESEPI ROTI JALA LEMBUT VERSI PANDAN

resepi roti jala lembut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air pandan (boleh kisar daun pandan dengan air dan tapis)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar planta atau mentega cair
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau (jika mahu warna lebih menyerlah)
  • 1½ – 2 cawan tepung gandum (ikut kepekatan adunan)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar beberapa helai daun pandan bersama air, tapis untuk dapatkan airnya.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (blender).
  3. Kisar semua bahan sehingga sebati dan tidak berketul.
  4. Tekstur bancuhan perlu tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  5. Kalau terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Kalau terlalu cair, tambah sedikit tepung.
  6. Tapis adunan untuk elakkan sumbat pada muncung acuan roti jala.
  7. Panaskan kuali non-stick dengan api sederhana.
  8. Tuang adunan ke dalam acuan roti jala dan corakkan di atas kuali (boleh bentuk jaring atau bulat, ikut kreativiti).
  9. Masak hingga permukaan roti jala kering dan bahagian bawah sedikit keperangan. Tak perlu terbalikkan.
  10. Angkat dan lipat roti jala ikut suka. Boleh gulung atau lipat segitiga.

Sumber: Sanuja Nuja

Baca juga: Resepi Roti Jala Sukatan 1kg Tepung, Tahan 2 Hari Dengan Cara Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN